Sunday, February 24, 2013

ALYA's video contest

Bismillah.

Hijab Event 2013 dah lepas. Ada pertandingan video, "Hijab Story" juga.
Dek kerana minat nak mencuba, Alya ada minta buatkan satu video untuk pertandingan tu.
Dengan niat mencuba perkara baru, dan semoga dakwah juga dapat disampaikan, maka kami menyokong niat murni anak kecil umur 9 tahun ni....:)

Maka mula lah saya dan abangnya (anak sulung) 'shooting'. Shooting cuma di keliling kawasan rumah saja..
selepas setengah jam, siaplah proses shooting, dan mulalah kerja meng'edit'. Kami sama-sama berusaha macamana nak cantumkan video-video pendek ni, maklumlah kali pertama buat 'short film' haha...

Dalam satu malam Alhamdulillah semuanya siap, dan terus di transfer ke pihak penganjur program untuk di upload ke youtube channel Hijab Event 2013. 
Takde menaruh harapan untuk menang, cuma saja suka-suka nak mencuba dan juga nak melatih anak-anak salah satu options untuk berdakwah masa kini.

Alhamdulillah, rezeki Alya agaknya, video tu dah menang First Prize. Tak sangka sungguh sebab kami tengok 16 video lain tu hebat-hebat belaka. Dek kerana rasa tak menang, kami tak hantar pun wakil ke majlis pengumuman pemenang walhal pihak penganjur ada meminta kami menghantar wakil sebab kami berada di Australia, sedangkan program itu di Kuala Lumpur...

Harapan kami semoga kemenangan ini akan memberi semangat pada anak-anak untuk menjadi pendakwah dan terus berusaha ke arah itu, Insha Allah...[Ada video kat bawah sekiranya nak tengok]

Wassalam.
Ummu Zaidan
Brisbane
February/Summer 2013


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...