Sunday, September 16, 2012

Kenapa "Polar bear" tak makan "Penguin"??

Assalamualaikum.

Hari ni Ahad. Cuti. Secara official memang lah cuti. Tapi as a student, like me, kadang-kadang tak cuti. Buat kerja dari rumah. Tapi hari rasa nak bercuti, sebab penat nak berfikir berat-berat setiap hari. Teringat kata-kata guru Fizik saya masa sekolah menengah. "Sudah tepu" (dalam slang melayu kecinaan nya..hemm...Physics was the worst subject I have ever known for me! No! Physics absolutely not for me!)

Berbalik kepada persoalan di atas? Ever wondering why? Jom tengok gambar-gambar ni dulu.

Best friends??
Penguins and polar bear fishing together?? Copyright 2009 Barcala
Well....Teringat satu hari Alya came back from school and told me.
"Ummi! Do you know? Polar bear live at the North pole, and penguins live at the South pole? So they can never be friend."
Oh ye ke? [Saya memang tak tahu, sungguh!!]
Kalau anak mat saleh agaknya akan cakap macam ni:
    "Penguins live in the south and polar bears live in the north pole with Santa" Heheh....

Oooo.....that's why polar bear tak makan penguins...hehhehe.......
So, apa yang kita lihat from cartoon stories, that polar bear and penguins are living together were not true.
In reality, polar bears live so far in distance from penguins. I read this from an article:

"They both love to swim, they both love to eat fish and they both thrive in some of the harshest climates in the world. But the penguin and the polar bears are destined never to meet.Living at opposite ends of the world, penguins and polar bears have made very different homes for themselves. And let's face it, if the two were to inhabit the same place we would very soon end up with some very fat polar bears and a rapidly declining penguin population. "



Our recent trip to Gold Coast Seaworld, managed us to show both species to our children. Even though both were not put together (of course!) at least we don't have to go as far away as to the North pole or the South pole to see both species, up close! Very close indeed! We were separated from them just by one piece of mirror. Myself, as an adult, was impressed! The polar bear was so big in size, and the penguins were so cute and almost like 'the happy feet'! These penguins were the closest I have ever seen in my life!

Saturday, September 8, 2012

Why do you believe in God?

Assalamualaikum,

Satu hari saya dan Alya pergi 'shopping' barang-barang dapur di IGA, iaitu tempat kami beli barang-barang dapur yang terdekat dengan rumah (di Hawken Drive) selain dari kedai AhChai (yang ni cuma beberapa langkah saja dari rumah).
Saya biasanya pergi ke IGA bila apa yang saya nak cari di AhChai tak ada.

Hawken Drive, St Lucia
Dalam kami sibuk memilih, Alya ada tanya soalan (lebih pada bercerita sebenarnya).

"Alya: Ummi, Anna kata dia tak believe in God. Alya kata kat dia, Alya believe in God. (Anna tu kawan Alya, berbangsa Vietnamese)
Ummi: Oh ye? Kenapa Anna cakap macam tu?
Alya: Because her mom said, they believe in Budha. Anna kata, dia rasa dunia ni jadi sendiri, takde sapa-sapa yang create.
Ummi: Alya rasa macamana?
Alya: Eh...mestilah lah Alya percaya Allah. Allah yang buat semua ni, kita pun Allah yang create kan ummi?
Ummi: Ye lah tu.
Alya: Ummi, kesian Anna. Dia tak tahu Allah. Nanti kalau dia mati, Anna masuk syurga tak ummi? Alya kesian Anna, dia baik.
Ummi: Alya, Anna kecik lagi. Dia belum ada dosa. kalau dia mati sekarang, dia tak berdosa lagi. InshaAllah dia boleh dapat rahmat Allah masuk syurga. Tapi kalau Anna dah besar, kalau dia tak percaya Allah, tak boleh lah masuk syurga, walaupun dia baik. [sukar mencari perkataan sesuai untuk explain pada anak kecil ni]
Alya: Tapi kan ummi, kalau kita tak bagitau pada dia, macamana dia nak tahu Allah? [konsep dakwah mungkin dia maksudkan]
Ummi: Memang, sebab tu kita orang Islam kena ajak orang kenal Allah, kan?
Alya: Hemm....[garu-garu kepala tak gatal]. Kira Alya untunglah lahir jadi Islam ye ummi? Kalau buat baik masuk syurga kan?
Ummi: InshaAllah sayang. 
Alya: Kesiannya Anna.....[sedih pulak dia]"

Alya dan Anna [di belakang sekali berbaju merah] masa hari sukan
Alya dan Anna
Habis tu, Alya diam. Lama. Mungkin masih berfikir tentang kawan baiknya tu. Saya juga jadi berfikir-fikir tentang kata-kata Alya. Cabaran juga untuk kami. Anak-anak perlu di beri persiapan dengan soalan-soalan yang sebegini. Walau mereka tidak boleh membahaskannya, sekurang-kurangnya kami berharap mereka boleh menetapkan iman mereka, dan menguatkan iman mereka.

Wednesday, September 5, 2012

Nak makan lemang?

Assalamualaikum,

Oh kali ni masih berkisar raya [tak habis raya lagi kah?]. Suami memang suka makan lemang. Masa di Malaysia, setiap kali raya, ayah mertua saya a.k.a ayah suami akan pastinya membakar lemang. Ayah memang pakar buat lemang. Tip Top!

Sedapnya lemang
Dah dua tahun kami tak makan lemang rasanya. Mana ada orang jual lemang buluh kat sini kan? Nak membakar lemang cara traditional pun silap haribulan kena saman, sebab buat pembakaran terbuka...heee..:)

Raya kali ni, kesiannya saya tengok muka suami...[dalam hati terdetik, nak makan lemang ke agaknya?]
Macamana nak tolong ni? Hati isteri ini terusik juga...

Baik! Saya pun godek-godek laptop, buat baik dengan En.Google. Tengok apa dia kata.
Oh ada "Resepi lemang perantau mudah". Asal ada perkataan mudah, kira ok lah tuu....:))

Ikut resepi, bakar je dalam oven. Hemm...tapi kena balut dengan daun pisang kat dalam, baru balut foil di luar. Mana nak cari daun pisang? Kat sini payah nak cari daun pisang, takkan saya nak pegi merayap mengintai mana-mana rumah orang putih ni, kot-kot ada? isk... Ada kawan kata ada yang frozen, tapi saya tak pernah jumpa [sebab itu juga sampai sekarang nak buat lepat pisang tak jadi-jadi!]

Alahai...namanya pun merantau. Kita pakai apa yang ada lah jawabnya. Saya balut saja dengan foil: Pulut yang telah di kukus dengan santan-di bentuk panjang macam lemang selepas pulut dah masak-di kemaskan dalam foil-masuk oven (saya guna toaster oven saja). Selepas tu, tengok-tengok, agak-agak dah masak cantik, keluarkan, potong seperti lemang. SIAP! Alhamdulillah, sedap juga. As long as it is edible, kira ok lah tu...nak yang lagi best kena tunggu balik Malaysia lah ye..:)

Saya panggil "lemang dendang perantau". 
Sekian saja kali ni. 

Wassalam.

Ummu Zaidan
Brisbane.

Ramadhan dan syawal ketiga di bumi Brisbane

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya tak update blog. Semenjak beberapa bulan ni masa terlalu pendek, dan sibuk memanjang.  Autumn dah lepas, winter pun dah lepas, sekarang dah masuk spring. Musim bertukar musim. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga saya bergelar pelajar di UQ. Cepatnya masa berjalan, pantas terlalu pantas!


Alya di bawah pokok berbunga lebat, dekat rumah je ni.

Waktu balik sekolah, sempat posing dekat pokok berbunga.

Ikut pengalaman, ini antara pokok bunga terawal berbunga. kalau dia dah
berbunga, meaning it's officially spring!

Bunga putih ini juga antara yang paling awal berbunga bila spring.
Alhamdulillah satu lagi 'milestone' Phd di UQ, i.e. mid candidature review dah lepas dan lulus. Ini assessment yang ke-2 utk tahun kedua. Syukur, berkat Ramadhan segala Allah mudahkan [assessment sebenarnya masa bulan puasa hari tu, dah lama dah..]. Maknanya tinggal lagi satu 'milestone', iaitu thesis review pada tahun 2013, sebelum saya submit thesis dan balik ke Malaysia for good. InshaAllah. Tak sabar rasanya nak balik, dah 2 tahun kami di sini dan tak pernah balik ke Malaysia, iaitu semenjak 2010. Rindunya saya pada mak, ayah, adik beradik, dan sahabat-sahabat saya di Malaysia...teramat sangat! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...