Wednesday, January 8, 2014

London, a city which I do not prefer!

Bismillah,

Sambil menunggu manual under review dan dalam keadaan masih bercuti belajar, adalah sikit masa nak update blog. Hampir setahun tak masuk blog sendiri....

Bulan September 2013, beberapa minggu sebelum 'open viva' @ thesis review, I attended one conference in Dublin, Ireland (sponsored by UIA, not my own money!)

Sebelum ke Ireland, saya singgah di London dulu. Stayed with a dear friend yang study di University College London (what a prestigious university!!!). Touch down di Heathrow Airport, pukul 4 pm waktu London (after 13 hours of long journey, fuh!). Kebetulan time tu lah orang balik kerja. What a hectic life. Seldom I saw people only walking, mostly were running to catch up the train, buses etc etc.....Things I seldom witness in Brisbane.

So kami pun kena berlari juga (my friend and I) to catch the train, to Camden city. Agaknya sebab life yang hectic, and need to rush, nampak orang-orang di London kelam kabut, and at certain times, ada juga yang agak kurang sopan (which again, I seldom witness in Brisbane). I guess it's not their fault, may be, it's the life that made them to be kinda of 'selfish'.

London is beautiful, itself. Yes, kalau orang nak fall in love with the city I agree. But for me, to have a happy life, 'bandar cantik' saja tak cukup, tapi kena merangkumi banyak perkara lain yang juga boleh mempengaruhi emosi. My personal opinion, if I have another choice, London is not a place for me. Lain orang lain pandangan. Many people, still, love to live in London...:)







Next entry, saya cerita tentang Cambridge and Dublin. Two cities that are acceptable for me, though setakat ni, the best place I have ever been (sebab saya belum pernah ke Mekah dan Madinah, InshaAllah ada rezeki sampai), was Istanbul. I always wish to get back there, someday....

Ummu Zaidan
Kuantan
8 January 2014

Tuesday, January 7, 2014

Selamat Tinggal Brisbane, Panjang Umur Kita Jumpa Lagi, InshaAllah!

Bismillah,

Segala puji bagi Allah, yang telah mengizinkan kami sekeluarga 'merasai' berdagang ke negara benua Selatan Australia selama 3 tahun (plus beberapa bulan extra). Hinggakan besar dah anak-anak. Masa pertama kali sampai dulu, masih anak-anak kecil..

Sempat bergambar kenangan di signboard besar UQ sebelum balik

Banyak kenangan indah (dan kurang indah ?) di sini.......

23 December 2013, dua hari sebelum sambutan perayaan 'mat saleh' di sana, kami telah berangkat pulang ke Malaysia, for good InshaAllah.

Keadaan masih dalam proses to settle down. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Perjalanan balik dari Brisbane-KL-Kuantan juga di permudahkan Allah. Hemmm..... tapi naik MAS, flight 11 pm macam tak berbaloi, sebab tak adalah peluang di hidang makanan berat. Just snack. Bolehlah, asal ada....:). Pukul 3 am (waktu Malaysia) di kejut untuk breakfast (nasi lemak, but saya prefer nasi lemak Pak Nasser Air Asia). Mak oii....awalnya. Anak-anak tak lalu nak makan. At last, sampai KLIA, pukul 5.30 am, solat subuh, lepas tu mencari makanan melayu di KLIA, sementara tunggu flight ke Kuantan @ 9 am.

Sampai Kuantan, parents saya dah tunggu dengan satu kereta. Tak muat barang-barang. Akhirnya, kereta ayah buat isi barang saja, kami naik teksi balik rumah. Alhamdulillah rumah kami tak jauh dari airport, so bolehlah naik teksi airport.....

Saya masih bercuti. Baki study leave masih bersisa 3 minggu. So masih ada masa untuk selesaikan tugas-tugas keluarga dulu sebelum masuk kerja. Excited ke masuk kerja? Entah. Suka sebab nak jumpa balik kawan-kawan lama yang saya tinggalkan. Lain-lain tu.....no comment! (Statement standard, macam artis!)



Selamat tinggal Brisbane. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi!

Ummu Zaidan
Kuantan
7 January 2014.


Sunday, February 24, 2013

ALYA's video contest

Bismillah.

Hijab Event 2013 dah lepas. Ada pertandingan video, "Hijab Story" juga.
Dek kerana minat nak mencuba, Alya ada minta buatkan satu video untuk pertandingan tu.
Dengan niat mencuba perkara baru, dan semoga dakwah juga dapat disampaikan, maka kami menyokong niat murni anak kecil umur 9 tahun ni....:)

Maka mula lah saya dan abangnya (anak sulung) 'shooting'. Shooting cuma di keliling kawasan rumah saja..
selepas setengah jam, siaplah proses shooting, dan mulalah kerja meng'edit'. Kami sama-sama berusaha macamana nak cantumkan video-video pendek ni, maklumlah kali pertama buat 'short film' haha...

Dalam satu malam Alhamdulillah semuanya siap, dan terus di transfer ke pihak penganjur program untuk di upload ke youtube channel Hijab Event 2013. 
Takde menaruh harapan untuk menang, cuma saja suka-suka nak mencuba dan juga nak melatih anak-anak salah satu options untuk berdakwah masa kini.

Alhamdulillah, rezeki Alya agaknya, video tu dah menang First Prize. Tak sangka sungguh sebab kami tengok 16 video lain tu hebat-hebat belaka. Dek kerana rasa tak menang, kami tak hantar pun wakil ke majlis pengumuman pemenang walhal pihak penganjur ada meminta kami menghantar wakil sebab kami berada di Australia, sedangkan program itu di Kuala Lumpur...

Harapan kami semoga kemenangan ini akan memberi semangat pada anak-anak untuk menjadi pendakwah dan terus berusaha ke arah itu, Insha Allah...[Ada video kat bawah sekiranya nak tengok]

Wassalam.
Ummu Zaidan
Brisbane
February/Summer 2013


Thursday, February 14, 2013

Naik 'Trolley Bus'

Bismillah.

Alhamdulillah, dah masuk 2013. Di Australia, tak lama lagi masuklah autumn (musim luruh).

Kenangan Musim luruh 2012 @ Graceville, QLD
Lama betul saya tak masuk blog. Sibuk memanjang lebih-lebih lagi sekarang dah masuk tahun 3 jadi 'budak sekolah' di UQ. Hemm...sekarang musim adik-adik undergrad yang baru (tahun 1) mula datang.
SELAMAT DATANG lah adik-adik....semoga berjaya di dunia dan akhirat InshaAllah...:)

Minggu lepas, kami pergi ke sebuah kawasan pergunungan yang letaknya lebih kurang 60km dari Brisbane.
Mt Tamborine. Apa yang best kat atas tu?

Tempat pelancongan biasa, tapi saya suka bandar kecil di atas bukit/gunung tu...comel sangat. Ala-ala eropah pun ada. Tapi yang paling best, pengalaman naik TROLLEY BUS! Bas yang sangat klasik, macam tram kat Melbourne pun ye...:) Bas ni, fungsinya HOP ON HOP OFF... so boleh naik turun ikut suka kat mana kita nak pergi....

Apa-apa pun, it is worth going, anak-anak suka, kami pun suka bila anak-anak suka. Pengalaman melihat keindahan bumi ciptaan Allah dari atas gunung....

Sedikit gambar-gambar kenangan di sana untuk perkongsian! wassalam.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...