Sunday, January 9, 2011

Cabaran mendidik anak di luar negara, saya masih mencari rentak!

Assalamualaikum.

Sekolah masih cuti. Anak-anak masih di rumah dengan kami. Hari hujan setiap hari, saya suka panggil musim sekarang 'wet summer'...Hemm...agak sukar nak ke mana-mana kecuali sanggup berbasah-basah sedikit atau kadang-kadang banyak (tengoklah tahap kelebatan hujan).

Semenjak berada di Brisbane, anak-anak setakat ni Alhamdulillah. Tak ada masalah bab solat, mengaji. Mengaji di rumah saja. Yang lelaki dua orang tu InshaAllah dah boleh baca, cuma ditegur-tegur kalau ada salah. Yang kecik, perempuan tu, kadang-kadang kami ajar, kadang-kadang abang yang sulung tengokkan. Yang sulung lebih pandai tajwid sebenarnya dari kami. Syukur.

Tahun 2011 ni, yang sulung akan ke high school. Biasalah, sekolah dengan anak-anak mat saleh ni. Cuma sekarang kami nak kena tanamkan dalam diri dia, kita muslim, tak sama dengan mereka. Kita ada pegangan agama. Dan kami kena selalu memantau anak-anak ini supaya tetap berada di landasan Islam yang benar. Cabaran pasti ada. Anak-anak awal remaja pulak katakan. Cuma harapan kami, semoga dia boleh menepis segala cabaran yang datang.

High School dekat dengan rumah kami

Syukur di sekolah dia ada pelajar-pelajar muslim lain juga, kebanyakan dari bangsa Arab. Agak ramai juga. Melayu saya tak pasti ada ke tidak. Dan setahu saya pihak sekolah memang ada sediakan surau kecil untuk solat zohor di sekolah. Itu pun dah syukur banyak. Alhamdulillah. Dan anak saya juga gembira bila dengar ada surau di sekolah, sebab dia memang tak suka tinggal solat, setakat ni saya syukur pada Allah kerana anak-anak memang tak perlu di suruh atau di paksa-paksa untuk solat. Malah selalunya kalau ke mana-mana, yang paling mereka beringat sekali ialah waktu solat. Dah masuk ke belum, mana nak solat dan sebagainya. Takut ummi dan abah terlalai.

Semasa tamat sekolah rendah hari tu, sekolah ada buat majlis graduation. Ok lah, bagi-bagi sijil, anugerah dan sebagainya. Ibu bapa dijemput hadir. Kami pun hadir juga masa tu. Selepas majlis tu, mereka ada lah sediakan makan-makan, tapi kami tak makanlah. Rasanya memang tak halal. Tak kisah lah bab tak makan tu. Tapi lepas makan, nak dibuat pulak majlis tari-menari...aduhai...masa tu kami ajak anak balik rumah bersama kami terus.
Dan Alhamdulillah, masa tu anak saya pun memang mencari peluang nak balik bersama kami. Dalam kesesakan orang ramai, tak ada sesiapa pun yang perasan kami dah balik. 

Graduation Night yang dibuat di salah satu College University of Queensland

Itu pada saya sedikit saja. Perkara biasa di sini. Cabaran demi cabaran pasti ada, cuma sebesar mana tu, saya tak pasti. Anak-anak saya pulak dulu di Malaysia sekolah di sekolah rendah Islam, maka sedikit sebanyak ada cultural shock pada mereka di permulaan. Cuma kami dah siapkan awal-awal mental fizikal mereka yang di sini tak akan sama dengan di Malaysia. 

Alhamdulillah, mereka boleh sesuaikan diri dengan cepat jugaklah. Cikgu-cikgu kata, anak-anak saya sangat pendiam tapi boleh get along dengan kawan-kawan secara baik. Sekejap saja dah ada kawan ramai. Cuma kawan-kawan mereka ni, sama jantina lah. Biasalah, mereka dah terbiasa tak bercakap dengan rakan lain jantina masa sekolah agama dulu. Tapi rasanya budak-budak mat saleh yang perempuan ni pun faham, mereka pun tak adalah nak berkisah kat anak-anak saya pun. Macam biasa-biasa saja.

Anak kedua pernah cerita, satu hari Jumaat, cikgu dia tanya. 
"Are you going to the mosque this afternoon?" Maklumlah setiap kali Jumaat anak saya ni akan minta izin keluar pukul 12.45 tengahari.
"Yes"...ringkas je jawabnya, maklumlah dia memang pendiam.
"Oh..you are a good boy!". Begitulah kata cikgu. Agaknya pelik kenapa cikgu kata begitu, balik sekolah dia tanya. 
"Ummi, cikgu kata Wan good boy". Dan dia pun ceritalah kisah tadi. Oh...saya kata, sebab pada orang-orang di sini, kalau ke tempat ibadah tu, kira baik sangat dah. Sebab saya tengok di tempat saya ni, gereja pun jarang-jarang ada orang, walau hari ahad. Yang pergi pun orang-orang tua saja. Gereja banyak, jalan sikit ada, jalan sikit ada, tapi tak 'bernyawa'...hemmm....

State School (sekolah rendah) dekat rumah juga

Anak sulung pulak pernah cerita. Satu kawan bangsa Cina, tanya. " Can you touch dogs?"
"No, cannot." Selamba saja jawab anak saya, bukannya soalan susah sangat.
"Have you ever want to touch dogs?"
"No.
"If no one is watching, do you want to touch one?"
"No."
"But no one is watching!"
"No. I still don't  want. We still cannot touch dogs even no one is watching." Selamba anak saya jawab.
Senyum dan diam kawannya tu. Mungkin faham yang anak saya ada pendirian, atau mungkin tak faham kenapa takut nak buat salah walau tak ada orang tengok. Tapi saya pasti dia akan faham nanti, kita ada pendirian dan pegangan agama, orang tengok ke, tak tengok ke, yang salah tetap salah. 
Kemudian budak Cina tu jadi salah seorang kawan baik anak saya lepas tu.


Setiap hari saya berdoa semoga anak-anak sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Semoga mereka tahu membezakan apa yang baik, apa yang buruk. Dan tanggungjawab besar kami ialah mendidik mereka secara berterusan. Maklumlah, di sini tak ada subject pengajian Islam. Jadi setakat mampu kami kena terapkan ilmu dan nilai-nilai Islam dalam diri anak-anak,  secara langsung atau tidak, supaya mereka tak lalai.

Alhamdulillah, semenjak ke sini, anak-anak dibantu oleh seorang ustaz dari Malaysia untuk menghafal Quran. Harapan kami semoga mereka pulang ke Malaysia dah boleh hafal beberapa juzuk. Dan saya tengok anak-anak pun tekun juga dengan tugasan, walau kadang-kadang saya rasa agak sukar. Maklumlah, suasana di sini banyak cabaran, memang susah nak hafal. Lain hal kalau di sekolah tahfiz. Tapi setakat ni, Alhamdulillah. Mereka boleh buat walau agak lambat sedikit. Yang penting usaha dan kemahuan. InshaAllah, Allah permudahkan. Saya harap dengan Al-Quran melekat di hati, hati anak-anak akan sentiasa ingat pada Allah, dalam apa juga suasana, masa dan ketika.

Ummu Zaidan
Brisbane, Queensland.

1 comment:

  1. Lin bakal ada anak, bersalin jangkanya tahun depan.. dalam hati ni, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya cabaran mendidik anak pada masa hadapan. Bukan sahaja di Oz, malah di Malsyia pun banyak cabarannya.. Lihatlah remaja sekarang, kak. Banyak yang rosak daripada yang indah akhlaknya.. Doalah kita sama-sama, ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...