Thursday, February 17, 2011

Bersyukurlah kita adalah muslim!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dua hari lepas penuh dengan keletihan, di tambah lagi dengan diarrhea, memang sangat melemahkan diri, tapi hari ni, saya boleh gagahkan diri untuk pergi ke school. Ada RHD Day hari ni, dan semasa di sana, banyak tips yang diperolehi, dari bagaimana nak mula thesis, mencari data, menulis thesis, malah cara nak menyusun masa sebagai pelajar PhD dan juga bagaimana nak menangani ketidakcukupan waktu...

Oleh kerana waktu mendaftar tersangat awal; 8.20 am di school, dan bas pertama di depan rumah 7.34 am, dan saya harus berkejar untuk bas kedua di St Lucia pada pukul 8.00 am. Tapi, tak ada rezeki kami hari, saya dan seorang sahabat terpaksa menapak ke tempat menunggu bas yang agak jauh kerana sudah terlepas yang pagi, dan sampai di situ, juga terlepas bas 7.44 am, maka terpaksa kami menaiki bas 7.55 am. Dah sah memang tak sempat dengan bas kedua. 

Sampai di St Lucia, kami menapak lagi ke Woolloonggaba, agak jauh (25 minit perjalanan dengan kaki). Dan saya yang masih tak berapa sihat, terasa berpinar-pinar, tapi gagahkan juga kaki menapak. Alhamdulillah, sampai juga kami, walau terlewat 10 minit, dan program dah bermula tepat jam 8.20 am tadi. Mat saleh ni memang tepat waktu, kalau kata 8.20 am, maka waktu itulah, tak ada cepat dan lambat. Terasa malu juga sebab masuk ke dewan lambat 10 minit, tapi buat tebal muka.

Selepas program habis dalam 2.00 pm, saya sempat bertemu seorang rakan dari New Zealand. Dan kami bercerita hal-hal santai sahaja, dah penat nak berfikir berat-berat.
Dia bercerita tentang pengalamannya semasa di UK, semasa membuat post-doctoral di sana. Waktu itu saya ada bercerita yang saya juga berminat nak sambung post-doctoral.

"Were you married when you're in UK?" soal saya selamba saja.
"No, I'm not married."
"Not yet?"
"No, never married." Alahai...tidak faham ni maksud dia ni.
"So, you get married after you came back to Australia?" macam penyibuk pulak saya.
"No, I never get married." Katanya sambil menunjukkan ke jari, no wedding ring.

Isk...curious pulak saya ini. "So, how about your baby? You do have a baby, don't you?"
"Yeah, we live together, we have a baby, but we're not officially married." selamba saja dia menjawab."Only registered as partner".

MashaAllah, selama ini dia tak nikah rupanya...terkejut sebenarnya saya, tapi cuba mengawal perasaan terkejut tu. 
"Can I ask you one question? Dia angguk, senyum.
"What's the difference between 'married' and 'not married but live together?"
"In Australia, you are allowed, by law, to choose not to get married. We can live together, and the difference is we can choose to leave each other anytime. No commitment."

Dan dia bercerita, kalau mereka memilih untuk meninggalkan satu sama lain nanti, harta masih di bagi dua, sama banyak. Lebih senang begini katanya, tak susah-susah nak daftar perceraian. 

MashaAllah....semudah itu pemikiran mereka? Tiba-tiba terbayang saya, kesian anak kecil itu, sangat comel, tapi anak luar nikah! Anak itu tak salah apa-apa. Kesian saya pada mereka ini, tidak tahu berapa ribu, atau juta orang, yang sebenarnya lahir bukan dari sebuah pernikahan. 

Dan, sememangnya tak pasti lagi, bagaimana tali keturunan mereka ini. Tapi inilah hakikatnya. Berada di antara masyarakat bukan Islam, banyak mengajar saya, betapa bertuahnya kita, lahir sebagai muslim, hidup sebagai muslim, dan doa semoga mati sebagai muslim! Betapa bertuahnya kita, keturunan yang jelas dari sebuah pernikahan yang murni dan mulia di sisi Islam, dan melahirkan zuriat-zuriat yang InshaAllah akan menjadi khalifah di bumi Allah ini.


Dalam keadaan seperti mereka, walau maju ke hadapan, tetapi pada saya tidaklah membanggakan. Kehidupan kita jauh lebih baik dari mereka, di sisi Allah....Alhamdulillah....

Cuma apa yang ditakuti, sekiranya kini ramai muslim yang semakin merasa bangga dengan cara hidup bebas seperti itu, kerana beranggapan itulah cara dunia maju. Nauzubillah. 

Ya Allah, peliharalah kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, dan muslimin muslimat sekelian dari fitnah dunia ini.....Amin...

Ummu zaidan
Brisbane.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...