Saturday, May 14, 2011

Memang autumn sesejuk ini ke di Brisbane?

Assalamualaikum....

Rasa seperti sudah berbulan-bulan tak update blog. Sibuk (atau menyibuk kan diri)....lebih-lebih lagi, sepanjang suami balik bercuti ke Malaysia sebulan, saya agak kelam kabut sedikit. Tapi, dengan adanya anak-anak yang memahami, rajin menolong dan ringan tulang, Alhamdulillah...tidak terasa terbeban sangat. Cuma saya perlu adjust masa, siang hari duduk study di rumah, tak pergi ke school, sebab nanti nak masak lunch, ambil anak-anak dari sekolah. Kalau ke school, jauh pula nak ulang-alik. Routine sebagai pelajar, saya mula malam sahaja. selepas waktu isyak, baru saya mulakan duduk betul-betul di meja untuk study. Kerana waktu isyak awal, seawal 6.20 pm, maka banyak juga masa dapat saya gunakan (itupun kalau tak tersadai tertidur awal..).

Alhamdulillah. Anak-anak tak banyak kerenah.
"Ummi masak je apa-apa pun, jangan susah-susah sangat". Itu yang selalu anak-anak cakap. Sedih pula saya, dari mereka kecil hingga sekarang dah masuk awal belasan tahun, begitulah selalu. Tak pandai meminta-minta, hidup seadanya. Saya yang kadang-kadang rasa bersalah pada anak-anak. 
"Ummi ni tak habis-habis lagi study..".
Setiap hari pun ummi berazam nak bagi terbaik.
"Ummi dah bagi yang terbaik" Anak-anak selalu kata begitu. Hiba nya saya.

'Kasut gebu' yang saya dan Alya pakai dalam rumah waktu ini.
Sekarang dah masuk bulan ketiga autumn. Semenjak minggu lepas, sejuknya teramat sejuk. Waktu malam terutamanya, siap pakai 3 lapis baju, tidur berselimut toto selapis, quilt selapis, setokin dan gloves. Aduh....saya tak pasti, memang autumn di sini sesejuk ini, atau tahun ini saja begini.


Di Guyatt park pada waktu tengahari di musim luruh.

Pokok di tepi unit house kami. Dah tak ada daun rupanya.

Pokok favorite saya, marple 'kecik'. Dekat dengan school.

Pokok Marple dekat dengan school , ini masa awal autumn.

Ini rumah orang, saya suka rumah itu dan pokok marple dalam pagar dia tu.
 Saya datang dulu ke Brisbane sudah akhir winter, dan spring di Brisbane sungguh selesa, nyaman, tidak terlalu sejuk, dan tak perlu berlapis-lapis pakaian. Kata kawan-kawan, dulu-dulu autumn tak sesejuk ini. Global warming ke? Saya nak kena study sikit, minat bab-bab cuaca dunia, alam sekitar dan seangkatannya (sebab dari sekolah memang minat geografi - asal cita-cita tak kesampaian nak jadi Geologist!, tapi sebab parents nak tengok anak kerja 'hospital'...pilih pharmacy, dan saya pasti tak sesuai untuk jadi doctor, saya tahu itu).

Dalam pada itu, saya tak sabar juga menunggu winter tahun ni, agaknya lebih sejuk dari tahun lepas? Wallahua'lam..saya tak tahu itu. Tapi kalau melihat kepada keadaan cuaca sejuk sekarang, may be juga. Dan saya pastinya belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk kesejukan melampau.....

Brisbane, Australia
Autumn May 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...