Wednesday, November 28, 2012

Sedihnya, kawan-kawan nak balik dah!

Bismillah,

Lama tak masuk blog. Rasanya sepanjang spring (musim bunga) hati ni tak 'berbunga-bunga' nak menulis. Lately pun sedih rasanya, sebab ramainya kawan-kawan dah nak balik for good! Lebih-lebih lagi bila yang balik tu kawan-kawan rapat, rasa sunyi sangat...

Bunga warna merah depan Forgan Smith Building UQ ketika spring.

Jacaranda yang cantik menghiasi UQ masa spring, berbunga-bunga UQ
(walauhati saya tak berbunga sangat pun, saya suka dengan suasana ni)

Ni rumah jiran kami, memang best lah, jacaranda depan rumah je.....:)

Yang paling sedih, bila kawan-kawan yang belajar di UK pun dah mula berduyun-duyun balik ke tanahair oh Malaysiaku...buat saya rindu sangat-sangat pada kampung, dan juga tempat saya berbakti di tanahair, UIA tercinta!



Takpe, dengan semangat baru, saya kena kerja lebih kuat supaya dapat juga balik tahun 2013 ni, Insha Allah.......semoga Allah permudahkan segala urusan di sini. Tapi sebelum tu, maknanya kena pulun habis-habisan lah..so should be well prepared for the things ahead.
Insha Allah tinggal satu lagi milestone to achieve, that is Thesis review seminar (Kat UQ tak de viva!!! kalau tak suka viva apply lah masuk UQ..:)) ). After the final seminar presentation (presentation nye macam nak defence proposal), Insha Allah 3 bulan di beri untuk complete the thesis, then kalau takde aral, off we go, back to Malaysia. Kalau dok mengingat saat-saat ini, berbunga-bunga hati ni rasanya....maklumlah, masuk ni dah 2 tahun 2 bulan kami tak balik malaysia (saya dan anak-anak). Cuma husband ada lah balik dalam 3 kali menjenguk keluarga di Malaysia. Ajak mak ayah saya datang pun, mak kata "jauh...letih nak naik kapal terbang"...alahai......

Anak-anak lately dah mula bercakap tentang 'nak balik Malaysia' jer....suka sangat budak-budak tu. Especially Alya. " I wish we already in Malaysia now"....kesian, rindu dengan sekolah lama mereka. Kawan-kawan mereka. Saya dapat rasakan anak-anak tak betah tinggal di bumi kangaroo ni. Mereka lebih suka Malaysia, walau ramai juga anak-anak Malaysia di sini yang nak tinggal di sini 'forever!'..hemm....

Saya tanya anak sulung saya, apa yang mungkin dia akan rindukan di Australia bila balik nanti? Dia kata, "Just the scenery, I guess. Australia cantik. Tapi Idan suka sekolah di Irsyad (sekolah lama nya di Kuantan)." Tapi dalam pada tu, dia ada cita-cita nak sambung belajar di university di overseas, particularly di Timur Tengah, Mesir barangkali katanya.....saya tak kisah, apa saja pilihan anak, saya setuju je....:). Kalau itu yang dia mahu, Alhamdulillah. Sebagai ibu saya doakan yang terbaik untuk mereka.

Dan bermula minggu depan maka bermula lah episod menghantar kawan-kawan ke Brisbane Airport untuk balik Malaysia......:((

Brisbane Airport
Check-in counter
Pintu masuk passengers, last check point untuk 'bye-bye' kawan-kawan.

Hingga jumpa lagi.
Wassalam.

Ummu Zaidan
Brisbane November 2012.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...