Assalamualaikum,
Hari-hari yang memenatkan. Sangat penat. Tidur juga dah jadi tidur-tidur ayam. Makan? hemm...dah berapa hari kami makan ala kadar je. Kesian suami dan anak-anak, tapi Alhamdulillah, syukur, mereka faham. Dulu-dulu sebelum suami kerja malam (5 malam seminggu) bila saya sangat sibuk (dan berserabai) suami akan tolong masak dan sebagainya. Tapi semenjak dia bekerja ni tak sampai hati rasanya. Siang hari nampak letih sangat. Jadi, setakat mampu saya buat lah, mana yang sempat...:((
Dah lama saya pendam. Saya nak suarakan pada supervisor, ada bahagian dalam study saya yang saya tak nak buat dan tak setuju. I don't see the rationale of doing it. Macamana ni?
Bila mana saya ada masalah dengan committee ethical, saya pun bercakap. Lah, selama ni, rupanya supervisor pertama saya juga tak setuju. Tapi sebab supervisor kedua yang nak sangat buat, so dia ala-ala mengalah walau hati dong dang dong dang memberontak. Saya pula ingat, kalau dah present proposal, dan school dah terima, tak boleh tukar dah. Padahal hati dok memberontak segala ada...haish!
Tak pe, tadi dah selesai. Saya yakin, InshaAllah, keputusan kami berdua itu tepat. Saya nak tergelak pun ada, bila dia kata, "how stupid, why we never talk about this before?"..Hehe...funny things, tu lah. Lain kali berterus terang saja bila ada kemusykilan. Bila diam jadi lagu ni. Alhamdulillah belum terlambat apa-apa.
Supervisor kedua? I just let my first supervisor handle her.....:D.
Pengajaran: In doing research, if you have any doubt about anything, speak out. Discuss. No harm.
( Adat timur, hormati guru, tapi kalau situasi macam ni, kalau rasa nak 'lawan' sikit tak pe je....).
Tiba-tiba teringat masa buat master dulu. Di Malaysia. Saya pernah suarakan sesuatu yang 'doubtful' dan saya rasa kena ubah. Tiba-tiba kena marah sebab ada yang kata saya tak pandai hormat guru. salah ke? saya bukan jerit-jerit marah pun, saya tulis elok-elok dalam email dulu, sebelum berjumpa. Kena marah juga...isk....agaknya sebab tu saya jadi pasif sikit sekarang. ye ke?
wassalam.
Monday, January 16, 2012
Tuesday, December 27, 2011
Dilema Facebook (MukaBuku)
Assalamualaikum,
Suasana bercuti, sangat lah masih terasanya. Dah seminggu lebih, berehat dari kerja-kerja Phd. Malas? Tak ada mood? Isk...Dilema sungguh. Supervisor bercuti panjang, 3 minggu. Bila 'boss' cuti, saya pun rasa nak cuti, padahal kerja berlambak-lambak menanti untuk 'touch-up'. Hemm.....nak kata cuti-cuti Australia, tak juga. Duduk rumah, tengok internet, youtube, drama melayu etc etc.....ala-ala membuang masa juga ni. Cuma sekarang, petang hari tanam pokok bunga dan sayur (aktiviti keluarga yang baru di buat lepas pindah rumah ada tanah ni). 'Enjoy' juga, berbakti pada tanah, setakat ni adalah hasilnya, capsicum dan cili dah berbuah!
Facebook. Sebut pasal facebook (FB) ramai lah yang tahu ni. Ramai juga yang ada akaun. Pada dasarnya, dalam pandangan saya, FB boleh memudaratkan kalau salah guna. Kalau guna FB untuk berdakwah saya sokong 100%! Tapi kalau guna FB untuk maksud 'lain-lain' saya tak sokong!
Thursday, December 22, 2011
Merungkai keindahan bumi Adelaide
Assalamualaikum.
Sekian lama asyik menangguh menulis dalam blog. Kalau ada masa pun, kadang-kadang terasa malas dan idea pun lambat nak keluar juga. Selebihnya tak ada masa. Nak kata sibuk dengan kerja-kerja Phd, tak ada lah 100% sesibuk itu. Saya masih ada masa untuk aktiviti lain...mungkin juga kerana saya banyak masa di rumah (sebab Phd tak ada lab work dan apa yang perlu ialah internet), maka, kalau di rumah, sambil bekerja, saya juga membuat kerja-kerja rumah seperti surirumah sepenuh masa lah juga adanya. Tapi tak apa, saya tak kisah!
Minggu lepas saya, seorang diri sahaja..:(, pergi ke Adelaide, sebuah bandar di South Australia. Kalau dari Brisbane, jaraknya dalam 2025 km kalau drive, naik flight dalam 2.5 jam! Jauh tu, biasanya kalau drive, mereka ambil masa dalam 25 jam (berterusan) atau pada kebiasaannya, para pemandu ambil 'leisure driving', iaitu 3 hari 3 malam!
Tuesday, September 27, 2011
'Musim Bunga', kita bertemu kembali....
Assalamualaikum, selamat bertemu kembali setelah lama saya menyepi. "It's almost near to the peak point of this journey". Saya rasa. Dulu saya ingat lepas 'confirmation' ada masa lebih sikit nak buat perkara lain, oh tidak...jauh sekali rupanya. Betullah, Phd bukan masa makan angin, atau berpoya-poya. Kalau nak berjalan pun sekadarnya saja. Lebih-lebih lagi saya yang kena buat "Phd by publications", lebih perit, sebab kena siapkan beberapa publications untuk graduate. Saya rasa perit juga, pernah saya usulkan pada supervisor supaya saya graduate dengan "conventional thesis", tapi supervisor kata it's not a good idea.....harung sajalah, lagipun saya dah masuk semester 3, dan beberapa bulan lagi semester 4. Motivating myself is vital now!
Musim bunga datang lagi. Musim yang paling saya suka. Ini tahun kedua saya merasa musim bunga. Tapi seingat saya musim bunga yang lepas cuaca lebih sejuk. Tahun ni cuaca agak panas, tapi orang kata, "just nice". Okay juga, sebab boleh berjalan-jalan tanpa perlu berbaju sejuk!
Kebetulan sekarang cuti sekolah, 2 weeks. Kesian pula tengok anak-anak terperap kat rumah, saya sibuk depan laptop saja. Suami pula balik Malaysia. Apa nak buat ni?
Alhamdulillah, ada beberapa rakan ajak berkonvoi ke Toowoomba, sebuah bandar di Queensland. Di sini kalau musim bunga memang menjadi tumpuan kerana "Flower Festival". Ada perarakan kalau kena harinya. Tapi kami pergi nak tengok bunga-bunga yang cantik saja. Tak minat pun dengan parade tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


