Friday, December 31, 2010

Tak ada 'konsert' terbuka di malam tahun baru di Brisbane?

Assalamualaikum,

InshaAllah, mulai pukul 12.00 malam ni, masuklah tahun 2011. Beranjak lagi setahun. Dan kita, nak buat azam baru, atau masih dengan azam lama yang belum tertunai atau apa-apa saja. Pada saya, tiap-tiap tahun pun, saya tak pernah letakkan azam, cuma apa yang pasti, perjuangan untuk dunia dan akhirat mesti diteruskan, selagi hayat masih ada, selagi Allah masih menetapkan saya di bumi ini, sebagai khalifah Allah.

Kalau di Malaysia, malam ni bukan main meriah lah, rasanya seperti biasa sambut di Dataran Merdeka. Tak pasti saya. Tapi yang pasti, mesti ada konsert besar-besaran! Tiap-tiap tahun pun gitu. Agaknya kalau tak buat konsert, ada saja manusia-manusia yang tak boleh tidur lena malam tu. 

Sambutan 'Count Down' di salah satu tempat di Kuala Lumpur

Begitulah yang berlaku saban tahun, tak ada apa-apa perbezaan sangat dari segi program, cuma yang berbeza mungkin senarai artis yang buat show, lain tahun lain orang. Ikut siapa yang glamor lah agaknya. Saya pun sebenarnya tak ambil tahu sangat apa yang jadi malam tahun baru kat Malaysia.

Lain pula di Brisbane ni, saya ingat malam tahun baru macam Malaysia juga, saya pun tak ambik kisah juga. Macam dulu-dulu. Tapi seorang sahabat bagitahu petang tadi, sambutan New Year di sini, tak buat konsert terbuka besar-besaran.

Oh ye ke? Terkejut jugak saya. Rupanya program di sini lebih kepada family program, sesuai untuk semua orang, termasuk kanak-kanak. Ada juga konsert nyanyi, tapi tertutup, bertiket dan tak besar-besaran. Kalau untuk semua orang, programnya seperti di bawah:

"Celebrate the New Year with two spectacular fireworks and laser light displays choreographed to a soundtrack to signal the start of the New Year.
The Brisbane sky will light up at 8.30pm and midnight. Best vantage point is from the Clem Jones Promenade, the Parklands.
Also, from 4pm till 11pm families can enjoy free movies on the big screen at the Cultural Forecourt:
  • 4pm - 'Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs' (PG)
  • 6.30pm - 'Fantastic Mr. Fox' (PG)
  • 8.45pm - 'The Blind Side' (PG)" 


Ye lah, walau program tak Islamic juga (mestilah, dah nama pun negara bukan Islam), tapi sekurang-kurangnya tak meletakkan konsert artis tu agenda utama! Alahaiii.....malu pulak rasanya, Malaysia yang mencanangkan diri sebagai sebuah negara Islam contoh, boleh buat program yang sangat 'berbeza' dari sebuah tempat yang saya kira umat Islamnya adalah minoriti. Saya petik satu berita berkenaan malam tahun baru:

Wednesday, December 29, 2010

Ada hikmah duduk oversea?

Assalamualaikum,

Begitulah kata suami satu hari. "Kenapa?" soal saya balik.

"Sebab, dulu masa di Malaysia, kita tak masak hari-hari, tiga kali sehari. Kat sini, kita masak hari-hari, sekurang-kurangnya, habis malas pun, 3 kali nak kena ada menu nak di makan". Oh...

Heh..heh...betul kata suami. Maklumlah, duduk di negara mat saleh ni, kalau nak makan kena masak sendirilah, kalau tak masak alamat lapar. Kalau nak beli-beli di luar, sangatlah mahal! Memanglah, ada juga kadang-kadang tu, kami teringin nak makan yang orang lain masak, jadi kami adalah beli kebab halal (ada banyak kedai juga di sini). 


Kebab ala Turki, banyak sayur, dan sedap!
Selain kebab, kami tak pernah lagi beli makanan lain, walau dekat dengan rumah kami ni ada Nando's yang halal. Kawan-kawan ada cuba, katanya boleh tahan, tapi belum terfikir nak cuba, sebab harganya pun boleh tahan! Kalau kebab tu pun, selalu beli yang 'small' saja, itupun harganya Aud 6.60, untuk chicken, dan Aud 6.00 kalau beef. Isk...kalau nak darab 3.1 currency RM, memang tak beli dah. Tapi, kat sini, bila membeli yang kecik-kecik ni, biasanya kita tutup sebelah mata, jangan darab.

Jadinya, memasak lah kami hari-hari. bergilir-gilir lah saya dan suami. Biasanya saya siapkan breakfast, dan suami nanti akan masakkan lunch dan juga dinner. Kalau hari cuti, saya ambil alih lah dapur tu. Yang paling best, semenjak kami menonton satu program masakan, "Junior Masterchef Australia", semenjak tu memang sangat minat nak masak. Seronok, macam buat research pulak rasanya. Anak yang paling kecik tu pun sekarang rajin menolong di dapur, Alhamdulillah...


Tuesday, December 28, 2010

Doa perpisahan-Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah

        

Demi Allah, pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Allah jua. Nasyid ini memang mengingatkan saya ketika zaman undergrad di universiti. Tiba-tiba saya teringatkan sahabat satu jamaah, satu usrah, satu perjuangan. Ya Allah, betapa dah lama, dah bertahun saya tak bertemu dengan mereka. Saya masih ingat, kesemua mereka, hingga kini. Saya tetap berdoa suatu hari saya akan berpeluang bertemu mereka, selagi ada hayat saya di dunia ini.

Sahabat-sahabat yang banyak membantu saya waktu susah dan senang, waktu suka dan duka, waktu perit jerih dan lapang...SubhanAllah. Tanpa mereka, saya mungkin bukan diri saya, wallahua'lam. Syukur padaMu Ya Allah, atas pertemuan dan perpisahan ini.

Tuesday, December 21, 2010

Cuti Krismas dah mula terasa walau belum mula!

South Bank, Brisbane
 Salam, BarakAllahulakuma...

Cuti panjang krismas. Lagi 3 hari mereka nak merayakan 'raya' mereka ni, suasana meriah di shopping centre dan suasana 'muram' di tempat kerja dan juga di universiti jelas terasa. Saya sendiri dah agak lama tak menjenguk office, semenjak supervisor dah mula cuti hari Khamis lepas...duduk buat kerja di rumah, atau keluar bawa anak-anak sightseeing, dekat-dekat area Brisbane saja...setakat ni belum ada rezeki lebih nak ke tempat jauh. Mungkin lain kali, InshaAllah kalau ada rezeki. 

South Bank, Brisbane
Brisbane City dari South Bank
Museum South Bank
Brisbane City
Ada juga impian nak melihat dunia Australia yang luas ni. Bumi Allah Australia ni lain dari tempat sendiri, maka harapan tu, nak melihat kebesaran Allah, nak lihat ciptaan Allah yang ada di serata benua terkecil ni. Rasanya perlu ambil peluang semasa di sini, sebab kalau dah balik ke Malaysia, mungkin tak sampai dah ke Australia ni (kalau saja-saja nak makan angin, tapi kalau urusan kerja tu lainlah..). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...