Wednesday, April 6, 2011

"Ummi, macamana zirafah tidur?"

Assalamualaikum,

Sudah lama tidak menulis, semenjak sibuk dengan write up report/thesis, dan semenjak kami sekeluarga asyik batuk, demam, selsema kerana perubahan cuaca, dari panas ke sejuk. Walau tidak sesejuk winter, tapi rasanya autumn ini cukup sejuk untuk kami sekeluarga yang baru tiba beberapa bulan lepas, terutama waktu malam. 

Saya sendiri sudah 2 hari demam, tapi seperti biasa, kalau orang perempuan yang berstatus ibu ini, walau demam macamana sekalipun, gagah juga bergerak, kalau tidak rasanya tidak lengkap hidup. Lagipun kalau banyak bergerak, nanti semoga peluh keluar dan cepat saja kebah demamnya.
Alya pulang dari sekolah kelmarin, bertanya satu soalan yang agak menarik, pada saya yang tidak pernah terfikir nak fikir hal itu.

"Ummi, macamana zirafah tidur? Leher dia kan panjang, kalau baring mesti susah hendak bangun kan?"
"Errr....ummi pun tak pasti Alya, nanti kita Google ye..."

Setelah meng'google', oooo....begini rupanya, dan ada juga fakta lain yang tidak tahu jadi tahu......rupa-rupanya:

1) Zirafah cuma tidur setengah jam sahaja sehari (kita boleh ke?) dan dia tidur begini (comel!)...




2) Zirafah boleh mencapai ketinggian 18 kaki (haiwan paling tinggi) dan anak yang baru lahir setinggi 6 kaki (kalau ketinggian manusia dewasa normal lebih kurang 5-6 kaki).


3) Zirafah kena melutut bila minum, sebab kalau berdiri lehernya masih terlalu pendek untuk mencapai ke bawah. Seperti ini:


4) Zirafah bunting selama 15 bulan. Zirafah jantan kita panggil 'bull', kalau betina panggil 'cow', dan yang anak di panggil 'calf''...aikk?

5) Tidak ada satu zirafah pun yang ada sama 'pattern' (boleh jadi DNA ni), dan ada juga zirafah yang TIADA tompok langsung! (Saya tidak pernah lihat, dan selama ini saya ingat semua zirafah mesti ada tompok).


Wassalam.
Brisbane April 2011.

2 comments:

  1. salam,

    mashaAllah, thanks for new info. dah lama hidup baru tahu zirafah tidur camana. dan paling tak tahan nama2 zirafah, cow and calf? hehe..zirafah takde tompok tu ala2 albino kot....cantiknya tompok2 tu.

    ReplyDelete
  2. Ye, saya pun baru tahu juga. Kalau anak tak tanya, tak terfikir nak cari info. Kadang2 budak2 lebih advance berfikir dari kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...