Assalamualaikum...
Penat baru pulang dari school. Tiba-tiba sahaja kepala terasa sakit, migrain lagi agaknya. Baru saya teringat yang saya lupa nak breakfast pagi tadi, cuma minum air. Agak saya, ini kes 'hypoglisemia' atau kekurangan gula dalam darah. kalau ini berlaku, memang akan mengakibat sakit kepala, dan dalam kes-kes yang berat, migrain jadi penyudahnya.
Setelah makan 2 biji panadol, kepala terasa ringan sedikit. Dan tiba-tiba terasa hendak berkongsi kisah benar yang saya dapat dari satu sumber beberapa ketika dulu.
Kisah seorang isteri, muslimat yang baik, setia pada suami. Hakikatnya semenjak pernikahan dan setelah mempunyai beberapa cahaya mata, isteri itu tidak pernah terfikir untuk berlaku curang atau berlaku onar pada suaminya.
Tapi seorang isteri yang muslimah, solehah, tetap seorang wanita. Seorang wanita yang pada dasarnya ingin di sayangi dan dibelai oleh suami, dan mengharapkan suami yang menyayanginya setulus hati. Walau independent bagaimana sekalipun isteri itu, dia tetap seorang wanita. Seorang wanita itu memerlukan seorang lelaki yang menjadi teman hidup yang boleh menjaganya dan melindunginya. Juga menjadi temannya ketika suka dan dukanya, malah mengingatinya jika dia terlalai atau alpa.
Ramai lelaki, apabila hendak berkahwin, mencari calon isteri yang solehah, ala-ala berakhlak seperti isteri Rasulullah, atau seperti Fatimah, sedangkan lelaki kadang-kadang terlupa, adakah mereka sanggup mengikut sunnah, bagaimana Rasullullah menjaga keluarganya, isteri-isterinya, anak-anaknya, atau sanggup menjadi seperti Ali yang begitu menyayangi Fatimah? Adakah seorang lelaki muslim terfikir dan berniat untuk mengikut akhlak Rasullullah dalam kehidupan rumah tangga?
Kalau sebelum menikah, hakikatnya, mungkin akan ada yang kata, InshaAllah, saya sudah siap, sudah bersedia...Alhamdulillah...lega bakal isteri mendengarnya.....




