Wednesday, September 5, 2012

Nak makan lemang?

Assalamualaikum,

Oh kali ni masih berkisar raya [tak habis raya lagi kah?]. Suami memang suka makan lemang. Masa di Malaysia, setiap kali raya, ayah mertua saya a.k.a ayah suami akan pastinya membakar lemang. Ayah memang pakar buat lemang. Tip Top!

Sedapnya lemang
Dah dua tahun kami tak makan lemang rasanya. Mana ada orang jual lemang buluh kat sini kan? Nak membakar lemang cara traditional pun silap haribulan kena saman, sebab buat pembakaran terbuka...heee..:)

Raya kali ni, kesiannya saya tengok muka suami...[dalam hati terdetik, nak makan lemang ke agaknya?]
Macamana nak tolong ni? Hati isteri ini terusik juga...

Baik! Saya pun godek-godek laptop, buat baik dengan En.Google. Tengok apa dia kata.
Oh ada "Resepi lemang perantau mudah". Asal ada perkataan mudah, kira ok lah tuu....:))

Ikut resepi, bakar je dalam oven. Hemm...tapi kena balut dengan daun pisang kat dalam, baru balut foil di luar. Mana nak cari daun pisang? Kat sini payah nak cari daun pisang, takkan saya nak pegi merayap mengintai mana-mana rumah orang putih ni, kot-kot ada? isk... Ada kawan kata ada yang frozen, tapi saya tak pernah jumpa [sebab itu juga sampai sekarang nak buat lepat pisang tak jadi-jadi!]

Alahai...namanya pun merantau. Kita pakai apa yang ada lah jawabnya. Saya balut saja dengan foil: Pulut yang telah di kukus dengan santan-di bentuk panjang macam lemang selepas pulut dah masak-di kemaskan dalam foil-masuk oven (saya guna toaster oven saja). Selepas tu, tengok-tengok, agak-agak dah masak cantik, keluarkan, potong seperti lemang. SIAP! Alhamdulillah, sedap juga. As long as it is edible, kira ok lah tu...nak yang lagi best kena tunggu balik Malaysia lah ye..:)

Saya panggil "lemang dendang perantau". 
Sekian saja kali ni. 

Wassalam.

Ummu Zaidan
Brisbane.

Ramadhan dan syawal ketiga di bumi Brisbane

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya tak update blog. Semenjak beberapa bulan ni masa terlalu pendek, dan sibuk memanjang.  Autumn dah lepas, winter pun dah lepas, sekarang dah masuk spring. Musim bertukar musim. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga saya bergelar pelajar di UQ. Cepatnya masa berjalan, pantas terlalu pantas!


Alya di bawah pokok berbunga lebat, dekat rumah je ni.

Waktu balik sekolah, sempat posing dekat pokok berbunga.

Ikut pengalaman, ini antara pokok bunga terawal berbunga. kalau dia dah
berbunga, meaning it's officially spring!

Bunga putih ini juga antara yang paling awal berbunga bila spring.
Alhamdulillah satu lagi 'milestone' Phd di UQ, i.e. mid candidature review dah lepas dan lulus. Ini assessment yang ke-2 utk tahun kedua. Syukur, berkat Ramadhan segala Allah mudahkan [assessment sebenarnya masa bulan puasa hari tu, dah lama dah..]. Maknanya tinggal lagi satu 'milestone', iaitu thesis review pada tahun 2013, sebelum saya submit thesis dan balik ke Malaysia for good. InshaAllah. Tak sabar rasanya nak balik, dah 2 tahun kami di sini dan tak pernah balik ke Malaysia, iaitu semenjak 2010. Rindunya saya pada mak, ayah, adik beradik, dan sahabat-sahabat saya di Malaysia...teramat sangat! 

Friday, March 23, 2012

Why "PhD" ???

Assalamualaikum,


Cuaca di luar hari ni ok, tak hujan, tak panas. Peralihan musim 'autumn', cuaca dah makin nyaman, berbanding bulan lepas, summer yang panas (sebenarnya lebih kurang je panasnya dengan Kuantan..:D )


Hari ni saya tak pergi office. Penat ulang alik ke office setiap hari minggu ni, banyak sungguh kerja kena siapkan. Bila masa-masa begini, tension mula datang. Dan seperti biasa, bila tension, adakala bertanya diri sendiri, "kenapa saya susahkan diri dengan Phd ni?"
Lebih-lebih lagi bila zaman tanpa sempadan ni, klik saja pada laptop, internet bawa kita 'meneroka' segala. Facebook...hem...bila baca status kawan-kawan yang sedang bersenang-lenang tak payah berjaga malam study macam saya, ada sikit rasa 'cemburu'...Saya ni takde penyakit cari penyakit ke? Soalan bertubi-tubi menerjah kepala bila saat saya buntu.....



Thursday, March 15, 2012

A visit to Stanthorpe in early autumn

Assalamualaikum

Autumn has arrived. Again. Our second autumn in Brisbane. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Masih berpeluang melihat kebesaran Allah SWT. InshaAllah setiap nikmat ini akan kami gunakan untuk membaiki iman dan kecintaan padaNya.




Of all the seasons, autumn is still my favourite. Special. I love the cool breeze wind, I love the colours, I love everything about it. Alhamdulillah. Kat Malaysia tak merasa, tapi tak bermakna saya lebih suka Australia dari Malaysia. Malaysia is always special in my heart, no matter what. 


Early autumn this year, we went to Stanthorpe. Stanthorpe is a town situated in the South East Queensland, Australia. The town lies near the New South Wales border, which is about 223 km from Brisbane. The area surrounding the town is known as the Granite Belt. Macam belajar Geografi pulak! That's how it is basically, susah juga nak cerita kat mana Stanthorpe ni...:)). Senang cerita, this small town lies somewhere in the countryside.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...