Friday, March 23, 2012

Why "PhD" ???

Assalamualaikum,


Cuaca di luar hari ni ok, tak hujan, tak panas. Peralihan musim 'autumn', cuaca dah makin nyaman, berbanding bulan lepas, summer yang panas (sebenarnya lebih kurang je panasnya dengan Kuantan..:D )


Hari ni saya tak pergi office. Penat ulang alik ke office setiap hari minggu ni, banyak sungguh kerja kena siapkan. Bila masa-masa begini, tension mula datang. Dan seperti biasa, bila tension, adakala bertanya diri sendiri, "kenapa saya susahkan diri dengan Phd ni?"
Lebih-lebih lagi bila zaman tanpa sempadan ni, klik saja pada laptop, internet bawa kita 'meneroka' segala. Facebook...hem...bila baca status kawan-kawan yang sedang bersenang-lenang tak payah berjaga malam study macam saya, ada sikit rasa 'cemburu'...Saya ni takde penyakit cari penyakit ke? Soalan bertubi-tubi menerjah kepala bila saat saya buntu.....





Kalau kata buat Phd ni manis, indah....my own personal opinion, bohonglah....saya pasti setiap pelajar Phd akan melalui saat-saat getir menghabiskan 'perjalanan' ni, berbaldi-baldi airmata yang keluar jangan kira (orang lelaki tak menangis kot!). Itu belum kira bab ikat perut, lebih-lebih lagi yang study di overseas. Jangan lah tertipu sangat dengan gambar-gambar yang di upload dalam facebook, nampak memang lah best....dapat duduk overseas, jalan sana sini...sebenarnya tak adalah seindah itu. Yang nampak best tu cuma beberapa % saja dari yang tak bestnya...tak tahu lah pulak kalau ada orang yang buat Phd rasa yang bahagian best tu 80-90%, sikit je tak best! Maybe saya saja kot yang lain dari orang lain... :P




Bab berjalan tu sebenarnya sedikit je, atau lebih kepada 'therapy' so that kita tak kena 'permanent head damage'! Kalau nak dikira, bab keluar airmata bergelen-gelen tu pun boleh tahan juga percentage nya..however it depends on individual. Ada orang yang sangat 'kuat'; tak menangis walau sukar macamana sekalipun. Tapi saya, memang jenis mudah jatuh airmata. Nampak memang saya 'Happy-go-lucky'. Dalaman Allah saja yang tahu.. :((


Cuma bila saat-saat saya tertekan yang amat, saya sentiasa ingat...."La Tahzan, Allah ada, Allah bersama kamu, Ikhlas itu kuncinya, dan betulkan niat kenapa kamu di sini, kenapa kamu buat ini...". Banyak pengorbanan yang kena dibuat, untuk mendapat segulung ijazah ini....suami anak-anak juga banyak berkorban. Mak ayah saya? Saya tinggalkan mereka di Malaysia, dah bertahun-tahun lamanya...cuma dengar suara jer. Saya tahu mak saya sedih. Tapi dia seorang ibu yang sangat kuat dalamannya. Selagi mampu dia akan tahan segala kesedihan demi melihat saya berjaya balik dengan segulung ijazah. Walau terpaksa berpisah dengan saya bertahun-tahun lamanya.


Mak kata, dulu masa saya nak minta sambung belajar ke overseas untuk first degree, mak tak izin sebab taknak saya pergi jauh. Masa tu saya masih budak-budak, hati memang sedih tapi saya turutkan hajat mak. Takpe, mana-mana pun ok, yang penting ada restu ibubapa. So mak kata, bila saya nak pergi overseas untuk Phd ni, dia rela lepaskan walau kalau diberi pilihan memang dia tak nak bagi saya pergi tinggalkan dia. Sebab mak kata, dia nak saya tunaikan hajat hati saya yang pernah terkubur dulu (bila saya ingat ni saya menangis lagi). Lagipun saya tak ke sini seorang diri. Ada suami dan anak-anak bersama.
Saya tahu mak kesunyian tanpa kami. Masa di Malaysia, saya tinggal dekat dengan mak ayah. Mak saya adalah 'best friend' saya. Bila saya sedih, tak payah cerita, mak dah tahu hati saya.




Kalau cerita bab sedih tinggal family tak habis walau 3 hari 3 malam. Selain kerana 'wajib' untuk menyambung Phd bagi academic staff di IPTA macam saya, saya ada juga personal reasons for that. Bukan sebab nak gaji besar (kalau nak kaya jangan jadi lecturer sebab lecturer biasa-biasa macam kami tak kaya!). Bukan sebab nak tunjuk pandai atau hebat dari orang lain. Bukan sebab nak orang panggil 'Dr' kat depan nama tu! Bukan!


Saya ingat lagi, masa saya berjaya terima first degree...saya ingat lagi airmuka dan wajah mak ayah saya. Saya rasa mereka orang paling gembira, malah lebih dari saya sendiri. Begitu juga masa saya terima Master degree di UIA, saya lihat mak dan ayah saya berseri-seri, mereka lebih gembira dari saya sendiri. Pahit getir yang saya lalui menghabiskan pengajian tu terkubur semuanya bila saya lihat wajah-wajah ini. Masa hari saya menerima ijazah master juga, saya rasa mak ayah sangat gembira sebab mereka dapat duduk tempat khas di depan dewan kerana mereka mak ayah saya (for one reason they're invited to sit at the VIP place, for parents). Saya tak dapat bagi mereka tempat special tu masa first degree, saya gembira mereka dapat merasa untuk ijazah kedua saya. Dan semasa saya ambil master degree, wajah-wajah gembira suami dan anak-anak menambahkan lagi keyakinan diri saya.




Sekarang saya berperang dengan 'Phd' ni....semoga Allah mempermudahkan untuk saya. Dan semoga segala pengorbanan orang-orang tersayang; terutama suami, anak-anak, mak, ayah saya, akan berbalas. Saya tak sabar rasanya, nak habiskan Phd ni, saya nak pulang ke Malaysia, saya nak lihat mak ayah saya, dan saya tak sabar nak beritahu mereka, " Ma, Ba, saya dah balik dengan segulung ijazah". Saya pasti saat itu mak ayah saya orang yang paling gembira, dan lebih gembira dari saya sendiri. Saya pasti gembira melihat mereka gembira.
Biar mak rasa sejuk perut nya mengandungkan saya....:((


Sememangnya kalau seorang wanita/muslimah, bila berumahtangga suami adalah yang pertama, syurga 'berpindah' ke tapak kaki suami. Itu pasti. Kecintaan saya pada mak saya, bukan bermakna saya mengenepikan suami. Tidak sama sekali. Tetapi, saya memang berazam, dari kecil hingga kini, saya akan berikan mak ayah saya kegembiraan dan kebahagiaan, selagi mereka masih ada.....selagi saya mampu....


Wassalam.
Ummu Zaidan.
Brisbane.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...