Satu hari saya dan Alya pergi 'shopping' barang-barang dapur di IGA, iaitu tempat kami beli barang-barang dapur yang terdekat dengan rumah (di Hawken Drive) selain dari kedai AhChai (yang ni cuma beberapa langkah saja dari rumah).
Saya biasanya pergi ke IGA bila apa yang saya nak cari di AhChai tak ada.
Hawken Drive, St Lucia |
"Alya: Ummi, Anna kata dia tak believe in God. Alya kata kat dia, Alya believe in God. (Anna tu kawan Alya, berbangsa Vietnamese)
Ummi: Oh ye? Kenapa Anna cakap macam tu?
Alya: Because her mom said, they believe in Budha. Anna kata, dia rasa dunia ni jadi sendiri, takde sapa-sapa yang create.
Ummi: Alya rasa macamana?
Alya: Eh...mestilah lah Alya percaya Allah. Allah yang buat semua ni, kita pun Allah yang create kan ummi?
Ummi: Ye lah tu.
Alya: Ummi, kesian Anna. Dia tak tahu Allah. Nanti kalau dia mati, Anna masuk syurga tak ummi? Alya kesian Anna, dia baik.
Ummi: Alya, Anna kecik lagi. Dia belum ada dosa. kalau dia mati sekarang, dia tak berdosa lagi. InshaAllah dia boleh dapat rahmat Allah masuk syurga. Tapi kalau Anna dah besar, kalau dia tak percaya Allah, tak boleh lah masuk syurga, walaupun dia baik. [sukar mencari perkataan sesuai untuk explain pada anak kecil ni]
Alya: Tapi kan ummi, kalau kita tak bagitau pada dia, macamana dia nak tahu Allah? [konsep dakwah mungkin dia maksudkan]
Ummi: Memang, sebab tu kita orang Islam kena ajak orang kenal Allah, kan?
Alya: Hemm....[garu-garu kepala tak gatal]. Kira Alya untunglah lahir jadi Islam ye ummi? Kalau buat baik masuk syurga kan?
Ummi: InshaAllah sayang.
Alya: Kesiannya Anna.....[sedih pulak dia]"
Alya dan Anna [di belakang sekali berbaju merah] masa hari sukan |
Alya dan Anna |
Ini adalah antara sedikit cabaran-cabaran anak-anak yang bersekolah di sekolah yang majoriti adalah bukan Islam. Tapi syukurlah, walaupun begitu, setakat kami 2 tahun di sini, dan nak masuk 3 tahun dah ni, anak-anak masih seperti dulu. Tak berubah atau terikut-ikut budaya mereka. Alya mungkin masih mencari-cari identiti diri. Dia masih kecil. Kadang-kadang dia bertanya juga kenapa ummi tak bagi attend party/disco dan seangkatan waktu dengannya. Dan saya cuba terangkan dengan jelas siapa kita, siapa mereka. Alhamdulillah dia boleh terima setakat ni. Tak pernah lagi dia bertanya juga kenapa dia kena pakai tudung, dan kawan-kawannya tidak. Alhamdulillah.
Saya teringat semasa attend satu ceramah/pengisian oleh Dr Muhammad Abdullah, seorang lecturer pengajian Islam di Griffith University, dekat sini. Dr Abdullah ada sebut:
"Dia membesar di Australia. Kebanyakan kawan-kawannya bukan muslim. Tapi dia kata, satu cara untuk memastikan kita tidak menjadi 'mereka', kita perlu limit kan masa kita bersama mereka. Guna masa yang perlu saja dengan mereka, seperti di kuliah/sekolah, atau perbincangan-perbincangan ilmiah. Selain itu, cuba elakkan mengisi terlalu banyak masa bersama mereka untuk perkara-perkara tidak perlu. Lebihkan masa bersama keluarga di rumah, atau bersama rakan-rakan yang seagama. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh bertegur sapa dengan mereka atau berkawan. Saya maksudkan 'have the limit'. Tapi bila kita bersama mereka, kita jadi diri kita. Kita muslim. Kena jadi muslim. Mereka hormat kita sebagai muslim." [lebih kurang begitu, in English, saya simplify from the talk. Banyak lagi sebenarnya].
Dari situ, saya cuba aturkan dalam realiti, terutama untuk anak-anak. Lagipun, kami bukan bercadang nak duduk sini lama, maka kami lebih suka ambil pendekatan berhati-hati. Dalam waktu yang sama, kami tidak juga menghalang anak-anak berkawan. Tapi kami cuba pastikan mereka jadi diri mereka. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah. Anak sulung sudah masuk high school. Kami kenal kawan-kawan dia setakat ni. Dan dia juga setakat ni Alhamdulillah masih anak kami yang kami kenali....seperti dulu.
Sedikit perkongsian tak seberapa dari seorang ibu yang membesarkan anak di bumi yang Muslim adalah minority. Dan saya bukan seorang lepasan sekolah agama yang banyak ilmu agama. Cuma berusaha setakat termampu dan terdaya, demi akidah anak-anak. Semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak kami.
Kini masa untuk kembali kepada kerja sekolah! Wassalam.
Ummu Zaidan
Brisbane.
Iron-Sided Spade - Titanium Bars
ReplyDeleteThe iron-Sided Spade is sunscreen with titanium dioxide the ultimate titanium cross necklace solid gold blend with the titanium money clip traditional gold version and the new-found titanium bracelet in the classic double sided aluminum-sided หารายได้เสริม Spade.
have a peek at this web-site wholesale sex toys,dildos,vibrators,wholesale sex toys,realistic dildo,sex toys,sex chair,japanese sex dolls,wholesale sex toys you can find out more
ReplyDeletel477j2akgnk697 horse dildo,dildo,dog dildo,dildo,G-Spot Vibrators,dildos,fantasy toys,realistic dilldos,vibrators d744r7gdghp839
ReplyDelete