Oh kali ni masih berkisar raya [tak habis raya lagi kah?]. Suami memang suka makan lemang. Masa di Malaysia, setiap kali raya, ayah mertua saya a.k.a ayah suami akan pastinya membakar lemang. Ayah memang pakar buat lemang. Tip Top!
Sedapnya lemang |
Raya kali ni, kesiannya saya tengok muka suami...[dalam hati terdetik, nak makan lemang ke agaknya?]
Macamana nak tolong ni? Hati isteri ini terusik juga...
Baik! Saya pun godek-godek laptop, buat baik dengan En.Google. Tengok apa dia kata.
Oh ada "Resepi lemang perantau mudah". Asal ada perkataan mudah, kira ok lah tuu....:))
Ikut resepi, bakar je dalam oven. Hemm...tapi kena balut dengan daun pisang kat dalam, baru balut foil di luar. Mana nak cari daun pisang? Kat sini payah nak cari daun pisang, takkan saya nak pegi merayap mengintai mana-mana rumah orang putih ni, kot-kot ada? isk... Ada kawan kata ada yang frozen, tapi saya tak pernah jumpa [sebab itu juga sampai sekarang nak buat lepat pisang tak jadi-jadi!]
Alahai...namanya pun merantau. Kita pakai apa yang ada lah jawabnya. Saya balut saja dengan foil: Pulut yang telah di kukus dengan santan-di bentuk panjang macam lemang selepas pulut dah masak-di kemaskan dalam foil-masuk oven (saya guna toaster oven saja). Selepas tu, tengok-tengok, agak-agak dah masak cantik, keluarkan, potong seperti lemang. SIAP! Alhamdulillah, sedap juga. As long as it is edible, kira ok lah tu...nak yang lagi best kena tunggu balik Malaysia lah ye..:)
Saya panggil "lemang dendang perantau". |
Wassalam.
Ummu Zaidan
Brisbane.
No comments:
Post a Comment