Thursday, December 22, 2011

Merungkai keindahan bumi Adelaide

Assalamualaikum.
Sekian lama asyik menangguh menulis dalam blog. Kalau ada masa pun, kadang-kadang terasa malas dan idea pun lambat nak keluar juga. Selebihnya tak ada masa. Nak kata sibuk dengan kerja-kerja Phd, tak ada lah 100% sesibuk itu. Saya masih ada masa untuk aktiviti lain...mungkin juga kerana saya banyak masa di rumah (sebab Phd tak ada lab work dan apa yang perlu ialah internet), maka, kalau di rumah, sambil bekerja, saya juga membuat kerja-kerja rumah seperti surirumah sepenuh masa lah juga adanya. Tapi tak apa, saya tak kisah!

Minggu lepas saya, seorang diri sahaja..:(, pergi ke Adelaide, sebuah bandar di South Australia. Kalau dari Brisbane, jaraknya dalam 2025 km kalau drive, naik flight dalam 2.5 jam! Jauh tu, biasanya kalau drive, mereka ambil masa dalam 25 jam (berterusan) atau pada kebiasaannya, para pemandu ambil 'leisure driving', iaitu 3 hari 3 malam! 

Saya naik 'flight' pergi Adelaide..:))

Saya ke Adelaide seorang diri, sebab menghadiri conference di University of South Australia (UniSA). Hajat hati pada awalnya nak pergi bersama keluarga, tapi saat-saat akhir di batalkan kerana suami tak dapat cuti, dan saya pula tak 'booked' hotel, cuma menumpang di rumah sahabat di sana (Malaysian). Jadi saya rasa tak selesa jika saya ber'conference' dan sementara tu anak-anak tinggal dengan sahabat saya. InshaAllah kalau ada rezeki, saya cadang nak bawa anak-anak ke Christchurch di New Zealand satu hari nanti, ala-ala sebagai galang ganti..hehhe..semoga ada kesempatan. 

UNIVERSITY OF SOUTH AUSTRALIA dan UNIVERSITY OF ADELAIDE   (dekat-dekat je, bersebelahan)
UniSA City East Campus (ada School of Pharmacy and Medical Sciences)

UniSA

Ini sempadan antara UniSA dan Uni of Adelaide

University of Adelaide (dekat Law School)

Uni of Adelaide (tak tahu dah building apa ni)

Uni of Adelaide yang cantik dan 'classic'

Uni of Adelaide

Uni of Adelaide, Law School building

Adelaide, sebuah bandar lama, klasik, pada pandangan saya. Bandarnya tak besar kalau nak di bandingkan dengan Brisbane (lagipun Brisbane bandar baru dan moden, banyak beza antara keduanya). Bangunan-bangunan juga 'tua' dan ada banyak 'church' lama. Kalau kat UK, macam bandar Glasgow kot. 'An old city' tapi cantik dan unik. Semasa di sana, saya tak banyak kesempatan untuk explore seluruhnya, tapi ada lah peluang melihat kawasan 'country' di sana, termasuk ladang-ladang ceri, anggur dan epal. Selebihnya cuma sempat melihat bandar dan bangunan-bangunan lama di Adelaide. Yang paling saya suka, rumah-rumah di sana. Banyak rumah-rumah di sana yang di buat dari 'lime stones'...cantik!

Sebuah tasik di pedalaman, dekat dengan ladang ceri

Buah ceri atas pokok, sedap!

Ini sebahagian dari ladang ceri. Dalam gambar ialah pokok ceri.

Masih di ladang ceri

Ladang anggur, tapi tak buat 'fruit picking'

Padang lembu yang luas...cantik SubhanAllah!

Bandar lama di pinggir bandar Adelaide..classic!

Saya tak tahu apa yang tergulung tu, rumput agaknya...

Bangunan lama

Bangunan lama

Sebuah sekolah di Adelaide...macam cerita Harry Potter..:)

Bahagian moden Adelaide, ada juga....

Salah satu bangunan moden yang ada di sana. Dan ini adalah sungai.

3 hari 3 malam di sana, tak banyak yang saya boleh simpulkan. Sebab, saya pasti banyak lagi bahagian Adelaide (or South Australia) yang saya belum explore. Apa-apa pun, bumi Allah, luas, sangat luas, tak terjangkau kalau nak tengok semuanya. Cuma, saya berharap, dalam kesempatan ini, kami sekeluarga dapat lah peluang untuk melihat kebesaran Allah di bumi Australia ini, setakat yang kami mampu...semoga Allah permudahkan jalan itu. Semoga juga, setiap jaulah kami, akan menambahkan lagi keimanan kepada Allah, dan menjadikan kami hambaNya yang lebih bersyukur. Dan harapan saya, semoga anak-anak juga dapat menghargai pengalaman yang mereka perolehi. InshaAllah.

Wassalam.
Ummu Zaidan
Brisbane

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...