Wednesday, September 5, 2012

Ramadhan dan syawal ketiga di bumi Brisbane

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya tak update blog. Semenjak beberapa bulan ni masa terlalu pendek, dan sibuk memanjang.  Autumn dah lepas, winter pun dah lepas, sekarang dah masuk spring. Musim bertukar musim. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga saya bergelar pelajar di UQ. Cepatnya masa berjalan, pantas terlalu pantas!


Alya di bawah pokok berbunga lebat, dekat rumah je ni.

Waktu balik sekolah, sempat posing dekat pokok berbunga.

Ikut pengalaman, ini antara pokok bunga terawal berbunga. kalau dia dah
berbunga, meaning it's officially spring!

Bunga putih ini juga antara yang paling awal berbunga bila spring.
Alhamdulillah satu lagi 'milestone' Phd di UQ, i.e. mid candidature review dah lepas dan lulus. Ini assessment yang ke-2 utk tahun kedua. Syukur, berkat Ramadhan segala Allah mudahkan [assessment sebenarnya masa bulan puasa hari tu, dah lama dah..]. Maknanya tinggal lagi satu 'milestone', iaitu thesis review pada tahun 2013, sebelum saya submit thesis dan balik ke Malaysia for good. InshaAllah. Tak sabar rasanya nak balik, dah 2 tahun kami di sini dan tak pernah balik ke Malaysia, iaitu semenjak 2010. Rindunya saya pada mak, ayah, adik beradik, dan sahabat-sahabat saya di Malaysia...teramat sangat! 


Kulliyyah of Pharmacy UIA Kuantan, antaranya yang saya rindui....:(
Hari ni, 18 syawal 1433Hijrah, bersamaan 5 September 2013. Supervisor saya dah bersalin, dekat sebulan dah ni rasanya. Biasanya anak murid yang cuti bersalin, tapi kes saya terbalik...:). Tak sabar juga nak tunggu supervisor sihat sikit, banyak hal nak di bincangkan. Selama dia bercuti, saya pun macam 'bercuti' juga, kerja pun 'slow and steady'..

Beraya di Brisbane buat kali ketiga, rasanya tiap-tiap tahun pun aktiviti lebih kurang sama. Hari raya pertama, solat raya (tahun ni solat di Guyatt park, dekat saja dari rumah kami). Lepas tu melawat kawan-kawan di sekitar St Lucia (tempat kami tinggal sekarang). Kami juga ada buat sikit jamuan makan (bukanlah open house, ala kadar saja) untuk rakan-rakan dekat-dekat rumah dan adik-adik undergrad yang kami kenal agak rapat. Tak mampu rasanya nak buat open house besar-besaran. Kunjung mengunjung ni berterusan setiap hujung minggu (Sabtu/Ahad) sehingga habis Syawal. Selain dari waktu tu, hari berkerja, kita bekerja lah seperti biasa. 


Solat raya di Guyatt park. Kat padang, open air!

Jamuan hari raya pelajar Malaysia di UQ

Jamuan hari raya pelajar Malaysia di UQ

Senyum anak-anak di pagi raya dengan baju raya dari malaysia..:))
Anak-anak tahun ni saya agak lebih gembira dari tahun lepas. Sebab, mereka dapat baju raya, walau cuma sepasang seorang (baju melayu dan baju kurung yang di 'post' dari Malaysia) tapi cukup untuk menggembirakan hati. Selama ini, setiap kali beraya, mereka pakai baju raya yang lama, yang kami bawa dari Malaysia semasa mula-mula datang ke Brisbane (sampai kan sekarang dah tak boleh pakai sebenarnya sebab dah 'kecik'). Kami berdua macam biasa, pakai saja baju yang mana ada (rasanya baju raya saya tu yang saya beli 4 tahun lepas di Parit Buntar, Perak). Alhamdulillah...yang penting rasa syukur dan perhambaan, bukannya baju raya yang mewah!

Sebenarnya satu perkara yang amat bagus kalau di sini, sepanjang bulan Ramadhan, kita tak perlu nak berpenat fikir pasal baju raya berapa pasang, kuih raya apa nak buat, nak beli dan sewaktu dengannya. Sepanjang Ramadhan boleh tumpukan perhatian pada hal-hal yang lebih utama. Masa juga tak terbuang di shopping complex cari baju raya dan kuih raya. Saya suka! Semuanya ala kadar, bersederhana, dan kami masih boleh beraya walau tak semeriah di kampung, tapi pada saya masih di kira meriah (cara anak perantau lah). 

Rasanya cukup dulu entry kali ni. Setelah berbulan-bulan tak menulis, lega dapat tulis serba sedikit, tak banyak pun tak apa. Belum terlambat rasanya nak ucapkan:
EID MUBARAK 1433H DARI KAMI DI BRISBANE. MAAF ZAHIR BATIN!

Ummu Zaidan
18 Syawal 1433H / 5 Sept 2012
St Lucia, Brisbane.

1 comment:

  1. Assalamualaikum... sy baru dpt tawaran belajar d brisbane UQ.. nak tya klu phd stdent betul ke anak sekolah ade exemption fee?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...