Monday, December 17, 2012

"Possum merajuk ke ummi?"

Bismillah,

Cuti sekolah akhir tahun 2012 dah mula. Masing-masing suka hati, tak payah nak pegi sekolah. Anak-anak saya ni 'pelik' tak suka sekolah di sini, walhal ramai anak-anak Malaysians kalau di tanya lebih suka ke sekolah dari duduk di rumah. Hemm....nak buat macamana..

Rasanya dah masuk tiga hari, kami perasan ada seekor possum yang duduk di belakang rumah, di beranda belakang (terselit antara dinding dan atap). Memang rumah kami ni boleh dikatakan banyak possum (sejenis binatang ala musang tapi lebih cute!) tapi selalunya possum tak tunjukkan diri pada manusia siang-siang hari ni. Possum ni rasanya native to Australia, so memang banyak lah even di kawasan-kawasan perumahan (possum memang suka duduk di ruang atap rumah, keluar cari makan waktu malam sahaja).

Cute juga possum ni!

Possum atas pokok [Google image]
Yang ni pelik lah, duduk di situ dah berhari-hari, bila kita tengok dia, terkelip-kelip mata je.
So, pagi tadi saya saja sembang-sembang kosong dengan Alya pasal possum tu.

Alya:        Ummi, I think possum tu merajuk kot? 
Ummi:      Kenapa?
Alya:        Sebab dia duduk jauh dari family dia. Kan selalu possum duduk kat dalam atap? (maksudnya dalam ruang atap rumah, kalau possum berlari-lari biasanya boleh dengar dari dalam rumah)
Ummi:      Kenapa dia nak merajuk?
Alya:        Entah, maybe mama dia marah dia kot! Takkan mama dia marah sikit dah merajuk ye? ( Saya pernah cerita maybe anak-anak possum ni kena marah jugak kalau tak pandai cari makan sendiri)
Ummi:      Ha'a...agaknya lah....dah tiga hari duduk situ....
Alya:        Hemm.....mama 'kita' lagi garang, tapi 'kita' tak lari merajuk pun...!
Ummi:      Amboiiiii......:)
                 [Pandai komplen dah dia]

Oh rupanya saya ni garang juga.........[teringat pulak kata suami; favourite word ummi: "Tongkang pecah" yang saya selalu cakap bila mengerah anak-anak mengemas bilik masing-masing....]

Ummu Zaidan
Brisbane

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...