Wednesday, February 16, 2011

"Ketika Cinta Bertasbih"

Assalamualaikum,

SubhanAllah...rasanya dah lama sangat saya tak menyempatkan diri menulis blog. Semenjak beberapa minggu lepas, banyak masa yang saya gunakan untuk menulis 'confirmation report', memandangkan dah dekat benar waktu untuk confirmation saya. Gementar, berdebar, resah dan pelbagai rasa ada.

Tambahan lagi, semenjak suami mula masuk kelas di UQ January lepas, terasa sedikit patah tangan dan kaki. Selalu suami ada di rumah sepanjang masa, tapi sekarang suami dah sibuk dengan kelasnya, saya sedikit kelam kabut. Tapi tak apa sebenarnya, bila kekurangan dan kesempitan masa tu, tahu pulak saya mencari masa, sebaliknya kalau ada banyak masa, keinginan membuang masa itu sangat tinggi. 

Beberapa hari yang lepas, dalam keadaan sedikit tertekan menulis report/thesis, saya sempat melayan satu cerita di youtube. "Ketika Cinta Bertasbih, Special Ramadhan". Sebenarnya cerita ini adalah sambungan dari filem KCB1 dan KCB2. kedua-duanya saya dah tengok beberapa kali. Tak pernah jemu menonton filem ni.


Bila dah terjumpa pula yang bersiri, semuanya 56 series, apa lagi, melonjak-lonjak keinginan hati nak tengok, padahal sebenarnya masa tu sempit benar, tapi sebab berkeinginan sangat nak tahu tentang kesinambungan kisah mereka, saya tengok juga. Mencuri-curi masa di antara waktu menulis. Semangat betul!

Setelah seminggu, Alhamdulillah, akhirnya saya dah menghabiskan 56 series tu..Saya tak menyesal meluang masa menonton, sebab dalam cerita tu ada terlalu banyak pengisian hati, terutama kupasan-kupasan hadith dan Al-Quran. InshaAllah, selepas menonton filem ni, hati terasa meluap-luap hendak memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, terutama dalam kehidupan rumah tangga, dan memperbaiki diri supaya menjadi isteri yang lebih baik, dan terbaik untuk suami, InshaAllah.

Watak-watak dalam cerita masih sama, cuma ada lebih ramai watak-watak yang ditambah. Cerita berkisar di kehidupan pesantren, iaitu di Darul Quran. Kagum, sebenarnya, kalau tak pernah menonton filem ini, saya tak pernah ada gambaran bagaimana agaknya pesantren itu, apa yang di ajar dan sebagainya. Tapi selepas menonton KCB the series ini, saya rasa kecilnya diri saya, berbanding mereka yang pernah menuntut ilmu di pesantren-pesantren..SubhanAllah, untungnya mereka yang dapat mendalami ilmu agama sedalam itu, dan dapat mempraktiknya dalam kehidupan seharian. Terasa cemburu sebenarnya, kalaulah saya di beri peluang untuk menuntut ilmu seperti mereka itu. Entah ada entah tiada.

Watak Azzam dan Anna, penuh konflik dan emosi. Tapi saya tidak mahu mengulas panjang, kalau nak tahu mungkin kena tengok sendiri, baru terasa ke jiwa, InshaAllah. Cuma dalam KCB series ni, saya lebih tertarik pada watak Ayatul Husna, ustaz Ilyas dan Furqon. 

Dalam series ini, Husna menjadi perhatian kedua-dua Ustaz Ilyas dan Furqon. Apa yang menarik, olahan jalan cerita boleh menyedarkan anak-anak remaja bahawa cinta berlandaskan agama itu adalah sentiasa terpelihara. Tidak perlu ber'dating' atau berpegang-pegang tangan, cukup sekadar menghormati satu sama lain, dan masih menjaga batas agama, walau di dalam hati penuh rasa cinta. Saya tidak pandai nak mengolah lanjut, mungkin kalau dapat tengok sendiri , lebih faham. 
Cuma, bila menonton KCB1, KCB2 dan KCB series ini, saya teringat kisah-kisah lama, waktu di universiti semasa masih undergrad, waktu bertemu jodoh dengan suami. Lebih kurang begitu juga lah jalan cerita kami. Menonton KCB sebenarnya dapat memperbaharui kenangan-kenangan lama kami, seterusnya memperbaik hubungan sedia ada dan mengeratkan lagi kasih sayang, InshaAllah.

Ummu Zaidan
Brisbane.

2 comments:

  1. best sangat ke cite ni....akak tk brp minat cerita indon...itu yg kurang rasa nk tgk...tp ramai betul kata best ya.....-k.das-

    ReplyDelete
  2. kak das, saya selalunya tak tengok jugak movie dan sinetron Indonesia ni, tapi yg ni mmg lain sikit, jalan cerita tu yg banyak pengajaran, ada banyak kupasan2 hadith, al-quran, dan cara2 penyelesaian masalah mengikut islam (kalau sinetron lagi byk sbb panjang cerita). Kalau nak tgk kena mula dgn movie KCB1, seterus KCB2 baru sinetron, kalau tak, tak faham...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...