Wednesday, July 27, 2011

"I am not a good muslim!"

Salaam.

MashaAllah, lama sungguh saya tidak buka blog, tidak updates dan sebagainya. Setelah beberapa bulan 'struggle' untuk 'confirmation of PhD candidature', Alhamdulillah, PRAISE BE TO ALLAH kerana telah memudahkan laluan saya untuk itu, dan sekarang saya telah 'confirm' sebagai pelajar PhD di UQ. Kalau di Australia, setiap pelajar PhD terpaksa melalui saat getir ini, yang mana selama lebih kurang setahun selepas kita mendaftar di universiti, kita kena 'present' dan tulis 'confirmation report'. kemudian, setelah panel setuju dengan project yang kita bakal lakukan, barulah kita di 'confirm'kan sebagai pelajar PhD. Kalau tidak, wallahua'lam. Macam-macam boleh jadi, sama ada balik negeri atau tukar project atau kena 'down gred' PhD ke Mphil.

University of Queensland, Australia

Bila sudah confirm, sekarang boleh apply untuk ethics approval, dan teruskan dengan data collection....semoga Allah permudahkan untuk saya, supaya saya dapat balik ke Malaysia cepat, InshaAllah.


Hari ini saya di office, sebelah petang nanti ada sahabat dari Malaysia yang akan buat confirmation seminar, macam saya minggu lepas. Semoga Allah permudahkan untuknya, Ameenn....

Sambil itu, sebab sudah lama tidak menjenguk office, sempatlah saya bersembang dengan seorang rakan dari Iran. Dia lelaki, sudah berkahwin tapi tidak ada anak. Umur sebaya saya juga.

"Ramadhan is coming in a few days, so how do feel?" tanya saya selamba. 
"What?". 
"Ramadhan. Fasting month." Ulang saya lagi. Dalam hati, "tak dengar ke mamat ni?"
"Ohh...Ramadhan." Dia senyum. "Sorry to say, I am NOT a good muslim. I do not pray, I do not fast."
Terkedu sekejap saya, tapi muka cuba maintain rileks. Mana kan tidak, nama dia sah-sah memang muslim, dan dia kata pun hari tu dia muslim. Tapi hari ni mengaku NOT A GOOD MUSLIM. Pulak!


"Ohh...no worries, I understand". Jawab saya. Kelat saja. dalam hati agak cuak. Geram sedikit rasanya. Tapi masih cuba 'cool'.
"Do you mind if I ask? Why??". Tak puas hati pula rasanya saya ni. Kata dari Iran, dah gini pulak jadinya. Patutlah dia kata hari tu may be dia tak nak balik Iran.

"Religion is not something you can force anyone to follow. What happened in Iran? Last few decades, the government forced the women not to wear hijab, you know? Later after the Iran revolution, drastically all women have to wear and cover everything."

Dalam hati saya,"Sah, mamat ni confuse ni...". Dia mula bercerita, dulu sebelum revolusi, wanita kena buka tudung, kalau pakai kena tarik dengan polis. Selepas revolusi, dah kena tutup segala pula. Cara bercerita macam dia sendiri pun tak puas hati lah gamaknya. Dia kata, kedua-dua peristiwa tu, extreme!!

"Alamak, macamana nak kata ni...saya pulak pening nak jawab ni..." saya mengomel dalam hati je. Saya juga tak puas hati ni. 

Dia terus bercerita, yang kita semua tidak boleh dipaksa dalam agama (macam pernah dengar statement ni...hemmmm). Dia kata Allah saja yang tahu, kita baik ke tidak. Allah saja yang tahu, siapa yang akan masuk syurga akhir nanti. Tak semestinya, kalau taat pada Islam nanti masuk syurga, dan tak semestinya kalau tak taat sah-sah masuk neraka. "Only Allah knows", dia kata. Confident saja mamat ni. Sebu dan sesak dada saya. Kalau dia bukan muslim senang cerita pulak. Lain kes.

Dalam hati saya, protes. "Kalau tidak buat langsung, habis macamana. Tiang agama pun tak ada.". Tapi wallhua'lam, semoga satu hari Allah bukakan hati dia, dapat hidayah untuk mencari Allah semula. Lemahnya saya, tak boleh nak kata banyak. Satu sebab, saya tak mahu menegangkan suasana. kedua, saya rasa diri di saat ini, dalam keadaan selemah-lemah iman, protes dalam hati saja. Ketiga, kalau bercakap bahasa melayu, maybe saya sampaikan hujah-hujah saya. Tapi bila kena cakap dalam bahasa Inggeris, masalah untuk saya, macamana nak susun ayat-ayat, banyak 'terms' berkaitan saya tak pasti nak explain dalam bahasa Inggeris.

Hasilnya, saya tegaskan pada dia, saya percaya Islam sepenuhnya, dan saya akan tetap taat pada agama saya, macamana sekali pun. Dia senyum saja. Macam tak terkesan apa-apa padanya. Saya rasa berdosa pada Allah. Kenapa saya biarkan dia saja. Tapi saya memang tak pasti apa yang saya patut lakukan. Saya doakan dia saja.

Saya ada juga bertanya dia,"Do you still regard yourself as a muslim?". 
"Muslim, depends on how you define it. Let's say, you said, you're a good muslim. However, if you're in Afganistan, they will never regard you as a good one, because you are not wearing Burqa." Kata dia.
"So, it's subjective. whether you're a muslim or not, ONLY ALLAH knows!"

Astaghfirullah....Ya Allah, beri lah petunjuk padanya. Sayang sekali, dia sudah dilahirkan Islam, nama Islam, asal dari negara Islam, tapi 'off track' pula, di saat dan ketika ini. Tiba-tiba saya teringat, berapa ramai orang Islam yang begini, termasuklah di Malaysia? Ramai....saya pasti ramai.....dan hati saya sedih, sebu, sesak. Berkecamuk. Rasa berdosa, sebab saya tak bantu dia tadi.

Ummu Zaidan
Brisbane July 2011.

3 comments:

  1. Assalamualaikum K Za,

    Baru berkesempatan baca entri akak ni. terpanggil sbb geram pon ada, rs mcm akak pon ada (tak pandai nk berhujah in english, huhu). Itulah, kdg2 bila jd mcm tu mula2 terpana xtau nk respond mcm mana. bila dh blk, or bbrp hari lps tu bru terpikir jwpn nk jwb mcm mana, kalaulah blh ulang blk situasi kan, blh nk jwb. insyaAllah, didoakan suatu hari nanti hatinya akan terbuka dan terima hidayah. Biar dia fhm yg mana satu bnda dipersetujui jumhur ulama, yg mana ada khilaf. moga lps 'dialog' dgn k za ni, dia terbuka hati nk cari lanjut dan bertemu hidayah Allah tu. Slmt menyambut Ramadhan al Mubarak utk k Za & family :)

    -Kaz, Nottingham

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kaz,

    Ha'a..betul tu, bila dah duduk rumah, 2-3 hari fikir byk pula idea datang nak berhujah. tapi tak nak buka balik topik tu pada dia, akak doakan semoga terbuka hati dia satu hari nanti. Satu lagi yg sedihnya, dia juga kata bab makan juga dia tak berkira,'oink-oink' tu pun dia makan juga. SubhanAllah....akak memang kesian kat dia....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak,
    Saya nak respon apa yg dibincangkan dengan pak iran tu. Iran sebenarnya tak seindah dimata yang kita tahu.Bukti. Saya banyak tanya kawan2 masa di UIA dulu banyak antara mamat dan minah Iran ni tak amal ajaran Islam.Bab solat jauh sekali.Diorang nibyk guna logik aql je. Al-qur'an pun tak reti baca!!! tak hairanlah saya apa yang si mamat tu cakap. Sheikh besar2 diorang tu pun tak baca dan amalkan membaca Al-Quran.Termasuklah si Khomeni tu. You can see all their weaknesses in you tube. look for the shiah's term. You will be surprise to know.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...