Musim bunga datang lagi. Musim yang paling saya suka. Ini tahun kedua saya merasa musim bunga. Tapi seingat saya musim bunga yang lepas cuaca lebih sejuk. Tahun ni cuaca agak panas, tapi orang kata, "just nice". Okay juga, sebab boleh berjalan-jalan tanpa perlu berbaju sejuk!
Kebetulan sekarang cuti sekolah, 2 weeks. Kesian pula tengok anak-anak terperap kat rumah, saya sibuk depan laptop saja. Suami pula balik Malaysia. Apa nak buat ni?
Alhamdulillah, ada beberapa rakan ajak berkonvoi ke Toowoomba, sebuah bandar di Queensland. Di sini kalau musim bunga memang menjadi tumpuan kerana "Flower Festival". Ada perarakan kalau kena harinya. Tapi kami pergi nak tengok bunga-bunga yang cantik saja. Tak minat pun dengan parade tu.
Oleh kerana perjalanan agak jauh, lebih kurang 120km dari Brisbane, kami bertolak awal, dalam pukul 8 pagi. Semuanya tujuh biji kereta! Sepanjang perjalanan ke sana, demi Allah, saya tak pernah lihat pemandangan country side yang cantik seperti tu. Lembu-lembu yang di padang rumput pun nampak comel! Sebab saya drive sendiri, tak boleh nak shoot gambar, tapi adik undergrad yang naik kereta dengan saya sempat merakam beberapa sudut pemandangan. Alhamdulillah. Cukup untuk saya lihat dan kagumi kekuasaan Allah yang mencipta segala.
Kami sampai dalam pukul 9.30 pagi di Toowoomba. Breakfast dulu. Kami dah bincang sebelumnya untuk membawa juadah berlainan, jadi banyak lah makanan yang terhidang. Kami sempat melawat 4 lokasi selama satu hari di sana:
Laurel Bank Park
University of South Queensland Japanese Garden
Picnic Point Park
Queens Park (ini tempat paling cantik!)
Alhamdulillah, kerana Allah memberi kami peluang melihat segala kecantikan di buminya ini. Segalanya milik DIA. Kami bersyukur!
Ummu Zaidan
Brisbane Spring 2011.
Seronokkan, Kak za! Kami pun tahun ini tahun akhir dengan bunga. Lepas ini, sentiasa bermusim panas dan lembap sepanjang tahunlah di tanah air. Walaupun sedih nak tinggalkan QLD, tapi tetap mahu pulang ke tanah air, kerana di sana ada mak dan abah..:)
ReplyDeleteDatang lagi kak za, tahun ini! Dah geram lihat banyak bunga tumbuh di halaman rumah jiran-jiran. Almaklumlah, rumah unit, mana da tanaman. hihih
InshaAllah. Alya pun dah sibuk sangat nak tengok tulip. Ada rezeki sampai. Kalau sampai kami inform....:)
ReplyDelete