Assalamualaikum,
Suasana bercuti, sangat lah masih terasanya. Dah seminggu lebih, berehat dari kerja-kerja Phd. Malas? Tak ada mood? Isk...Dilema sungguh. Supervisor bercuti panjang, 3 minggu. Bila 'boss' cuti, saya pun rasa nak cuti, padahal kerja berlambak-lambak menanti untuk 'touch-up'. Hemm.....nak kata cuti-cuti Australia, tak juga. Duduk rumah, tengok internet, youtube, drama melayu etc etc.....ala-ala membuang masa juga ni. Cuma sekarang, petang hari tanam pokok bunga dan sayur (aktiviti keluarga yang baru di buat lepas pindah rumah ada tanah ni). 'Enjoy' juga, berbakti pada tanah, setakat ni adalah hasilnya, capsicum dan cili dah berbuah!
Facebook. Sebut pasal facebook (FB) ramai lah yang tahu ni. Ramai juga yang ada akaun. Pada dasarnya, dalam pandangan saya, FB boleh memudaratkan kalau salah guna. Kalau guna FB untuk berdakwah saya sokong 100%! Tapi kalau guna FB untuk maksud 'lain-lain' saya tak sokong!
Ada orang kata buang masa ada FB. Bergantung pada individu, macamana guna FB. Kalau untuk kebaikan, setiap minit yang di gunakan tu, dan setiap nasihat yang di beri, bila di manfaat oleh orang lain, ada ganjarannya di sisi Allah. Tapi kalau berkait dengan unsur-unsur maksiat, nah di situlah punca kehancuran dan kemudaratan.
Pada saya, FB boleh mendekatkan kita pada Allah, pada sahabat-sahabat jauh dekat, pada keluarga jauh dekat dan lain-lain kalau guna dengan betul. Tapi kalau sebalik, jadi sebaliknya lah!
Ada banyak kes juga (Tak dapat nak bagi exact statistics kat sini) suami isteri yang bergaduh kerana FB! Saya ada dengar juga kisah-kisah, yang mana isteri/suami yang berjumpa kembali seseorang (bukan ahli keluarga) yang pernah di cintai, di rindui, di apa-apa sajalah dalam FB. 'Add friend' dulu mula-mula. Selepas tu, 'chatting', selepas tu, berjumpa senyap-senyap....seterusnya timbul macam-macam masalah.
Astaghfirullah....syaitan tu tunggu ruang dan peluang saja nak cucuk jarum. Memang lah, kita semua manusia biasa, ramai antara kita, pasangan hidup mungkin bukan orang pertama yang kita pernah jumpa dan suka (jatuh cinta?). Tapi itu bukan alasan untuk tak setia. Tak salah kalau nak 'add friend' seseorang yang kita pernah suka tu, tapi.....pada saya, kalau lah rasa diri tak cukup 'kuat' secara dalaman, baik dari awal mengelak saja. 'Ignore' (walau hati dan nafsu kata terimalah saja) itu lebih baik.
Saya pernah baca kes bermula dari FB beginilah, terjumpa dan terjalin kembali 'kasih' lama setelah berkawan dalam FB, dan akhirnya bercerai-berai....Ya Allah, betapa kalaulah mereka tak 'memulakan' kisah / chapter baru itu dalam FB. Ye lah, kata orang takdir, dah jodoh tak panjang, nak buat lagu mana kan? Tapi kalau kita yang mula meletakkan diri dalam kemudaratan dan kemusnahan, maka janganlah takdir yang di salahkan.
Semoga kita semua dapat membezakan mana yang baik, mana yang buruk. Saya juga manusia biasa, lemah, dan kadang-kadang macam-macam hasutan juga datang dari bisikan-bisikan jahat. Contoh mudah, kalau wanita, janganlah berlebih-lebihan sangat letak gambar dalam FB, macam-macam pose yang menarik. Kata ustaz Azhar Idrus, nak letak boleh, cukup sekadar untuk dikenali rakan-rakan, dan janganlah terlalu besar. Aurat mesti jaga. Senyum jangan lebih-lebih (kecuali lah kita pasti yang tengok FB kita tu cuma wanita 100%!).
Ada satu link menarik tentang "Cinta Facebook" yang saya baca:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1346-cinta-facebook.html
Boleh juga kalau, 'be selective' bila 'add friends'. Bukan sombong, tapi untuk menjaga hubungan sesama manusia supaya tidak mendatangkan fitnah. Saya cuma pilih kawan yang saya betul-betul kenal secara official (kalau lelaki) itu pun rasanya tak sampai 10% dari 'friendlist', and strictly official discussions! Kalau sekadar nak kenal-kenal dan sembang-sembang kosong, maaf, saya memang reject dari awal. Rakan-rakan perempuan, saya ok je selagi saya kenal (atau tengok 'mutual friends' so agak-agak ok baru accept). Agaknya sebab tu friend list saya pendek...:P
Saya bukan nak kata diri saya baik (Allah saja yang tahu siapa kita), sombong jauh sekali, tapi prinsip. Bergantung lah pada individu, pada para pendakwah FB, rasanya mereka patut 'add' ramai kawan, sebab itu satu cara untuk menyampaikan dakwah secara terus (dan berkesan). Tapi kalau sekadar nak cari kawan ramai-ramai (terutama kalau lain 'jenis' dan kita pulak dah berumah ada tangga)...maybe kita patut berhati-hati sikit, supaya kita terhindar dari dosa di luar kesedaran..Ingatan untuk diri sendiri yang lemah. Semoga Allah tetapkan iman kita semua dan terhindar dari maksiat yang kita tak sedar.
Wallahua'lam. Orang kata "sharing is caring". Saya sayang kawan-kawan saya. Kita sama-samalah ingat-mengingati untuk kebaikan, InshaAllah.
Wassalam.
Saya dalam 10% tu hehehe
ReplyDelete