Salam,
Keadaan sekarang baru saja lepas dari bencana banjir besar di sini, Brisbane. Sungguh tak sangka hujan yang berterusan selama dua bulan ini, akibatnya amat dasyat dan menyedihkan. Fizikal dan mental, kedua-duanya affected. Seribu satu kesedihan dan kegusaran.
Hari Selasa 11/1/2011, tarikh keramat yang mana air hujan mula berkumpul, dan di kawasan tempat kediaman kami ni, air dah mula naik di Perrin Park dan di Jalan masuk ke tempat perumahan. Petang tu, saya, suami dan anak-anak ke Perrin Park, nak tengok park yang bertukar jadi 'lake'. Tapi, masa tu sungguh saya ingat air tu akan cuma berada di situ dan tak melarat ke mana-mana.
Perrin Park dah jadi Perrin 'Lake' |
Anak-anak tengok air yang bertakung |
Pagi 12/1/2011, kami bangun pagi seperti biasa. Breakfast, dan hari nampak cerah, dan saya agak maybe air di park dah surut. Saya call sahabat satu school lepas breakfast tu.
"Nak pergi thesis review tak" soal saya.
"Kak, dah tengok luar rumah ke belum?"
"Belum. Kenapa?"
"Akak tengok luar." Sahabat ni duduk lorong sebelah saja.
MashaAllah.....rupanya air banjir dah naik sampai ke sini, dekat saja dengan rumah kami, tinggal dalam 20m saja dari kawasan rumah saya.
Saya tengok, rumah-rumah di kawasan yang dah tenggelam tu, cuma tinggal bahagian atas saja, garage di bawah dah habis tenggelam.
Air dah naik sampai dekat rumah kami |
Simpang ni tempat saya tunggu bas nak ke universiti |
Ni jalan utama kami nak keluar ke bandar |
Ya Allah...apa nak buat ni? Saya dan suami lari turun ke bawah, dan terus ke tempat banjir. Kami perhatikan air nampaknya semakin naik perlahan-lahan. Saya terus ke rumah sahabat seorang lagi, di blok sebelah saya saja. Rumah sahabat ni lagilah, di tingkat bawah sekali. Macam kami pulak, at least ada garage di bawah dan rumah di atas.
Terjerit-jerit saya depan rumah sahabat ni. Isk..tak dengar pulak, maklumlah pagi lagi ni, dalam pukul 8.00 am. Tak lama lepas tu baru dia keluar, dan bila saya khabarkan air dah dekat rumah mereka, cepat-cepat mereka packed barang-barang dan katanya nak naik ke tempat lebih tinggi.
Kami tak cadang nak pindah lagi, nak tengok dulu air macamana. Tengahari Rabu tu, saya dengar ramai kawan-kawan yang dah berpindah-randah, dan AJK PPMQ sibuk membantu dan meninjau rakan-rakan yang rumah mereka telah tenggelam.
Kami tak cadang nak pindah lagi, nak tengok dulu air macamana. Tengahari Rabu tu, saya dengar ramai kawan-kawan yang dah berpindah-randah, dan AJK PPMQ sibuk membantu dan meninjau rakan-rakan yang rumah mereka telah tenggelam.
Dalam pukul 3.00 petang, elektrik dah terputus. Masalah lagi ni, sebab kami masak guna dapur elektrik. Alahaiii....macam mana nak masak, macamana nak makan ni. Barang-barang makanan dalam fridge tu apa nak buat. Katanya elektrik akan terputus untuk beberapa hari. MashaAllah....
Maka, kami tunggu saja, sampai mana air tu nak naik. Air terus naik sehingga hampir 15m dari rumah. Petang Rabu tu kami ke rumah sahabat di St Lucia, itupun ikut shortcut jalan belakang sebab air dah tutup jalan utama. Bawa apa-apa dalam fridge, goreng-goreng saja supaya tahan lama dan dapat makan sehingga esok hari.
Hari Khamis 13/11/2011, hari mendung. Susah hati saya, takut air makin naik kalau hujan lebat turun. Yang ada ni nampak tak surut-surut lagi. Rumah masih tak ada letrik, dan kami terpaksa menumpang makan di rumah sahabat yang masak guna dapur gas. Mereka masih boleh masak walau tak ada elektrik.
Hari Jumaat 14/11/2011 sehingga hari Ahad 16/11/2011, kami masih terpaksa berulang alik ke rumah sahabat-sahabat untuk memasak apa-apa yang masih ada di dapur, dan yang pasti cuma telur dan sardin saja lah yang masih tinggal. Alhamdulillah, petang Ahad, elektrik dah ada...Syukur ya Allah.
Dan, pada waktu saya menulis ni, Brisbane masih lagi dalam keadaan berduka dan terkejut. Ramai sahabat-sahabat dari Malaysia yang rumah mereka musnah sama sekali kerana banjir, rasa saya dalam kira-kira 20 keluarga. Kesian sungguh. dah 3 hari kerja-kerja mencuci bermula, dan kerja-kerja tu bukan mudah. Banjir lumpur. Air sungai Brisbane melimpahkan lumpur tebal ke sekelilingnya. Kelihatan persekitaran seperti lepas perang saja adanya. Takut pun ada. Dan bau disekeliling rumah tak payah ceritalah, sangatlah 'menusuk kalbu'.
Blok berdekatan, barang-barang rumah dah di buang terus |
Ini jalan tempat saya tunggu bas, penuh dengan barang-barang buangan |
Westerham Street, dekat rumah kami. Dulu tenggelam habis. |
Dan limpahan yang tebal tu melekat setebal beberapa inci! Barang-barang dan rumah yang di tenggelami banjir memang jelas rosak. Buang saja. Tak boleh pakai dah. Dan rumah, ada yang tuan rumah izinkan sahabat-sahabat yang menyewa, supaya tamatkan kontrak awal, dan duit deposit dipulangkan. Mereka boleh sewa rumah baru. Masalahnya, dalam situasi sekarang, beribu-ribu orang yang kehilangan rumah, mesti sukar nak cari rumah sewa. Masing-masing nak pindah ke rumah baru.
Yang paling sedihnya...setelah hampir semua students di sini terlibat dengan dengan bencana banjir ini, cuma ada beberapa pihak saja yang bertanya khabar. Kami agak sedih juga. Atau mungkin mereka rasa kami semua tak apa-apa, sihat-sihat saja, dan gembira saja adanya.
Kira saya, kesusahan di tempat orang akan memberi pengalaman yang sangat berharga, tak mungkin dapat kami lupakan. Ketakutan, kegusaran, keresahan, kerisauan, bukan saja kami yang rasa, malah anak-anak juga. Sebab saya perhatikan semenjak bencana ni, anak-anak tak lalu makan, dan lagipun memang kami tak ada makanan yang sedap-sedap pun, cuma makanan kering, biskut, dan sekali sehari dapat makan nasi, dengan lauk ala kadar. Ada rezeki murah, akan ada sahabat yang sedekahkan nasi waktu lunch. Syukur Alhamdulillah.
Ummu Zaidan
Brisbane.
memang sedih dengan banir dulu kak... Ada la suami turun ke Bne hari tu dengan rakan Twomba lain, katanya habis rumah yang peghuninya balik ke Msia masa tu collect data... Harap2 semua dah baik sekarang... :) Selamat hari raya, kak... Maaf zahir batin... Jumpa nanti kalau diizinkan..:)
ReplyDelete