Assalamualaikum.
Sekolah masih bercuti, masih ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum anak-anak masuk sekolah balik. Belum buat apa-apa persediaan, rasa masih awal. Kawan-kawan di Malaysia dah sibuk dengan anak-anak masuk sekolah dah hari ni.
Biasanya kalau anak-anak sekolah, suami akan ambil anak-anak dari sekolah dalam pukul 12.45pm untuk bawa ke tempat solat Jumaat. Biasanya mereka solat Jumaat di sebuah dewan besar, di Multi Faith Centre di University of Queensland. Itulah tempat paling dekat dengan rumah dan sekolah anak-anak. Sebab lepas solat nak kena hantar anak-anak balik ke sekolah semula, jadi tak boleh nak solat jauh-jauh sangat, nanti terlambat.
University of Queensland, St Lucia |
Pintu masuk ke Multi Faith Centre UQ |
SignBoard Multi Faith Centre |
Sebab sekarang cuti sekolah, saya cadangkan pada suami, cuba ubah angin sikit, pergi solat ke masjid yang paling dekat. Lagipun bukannya nak rushing ke mana lepas solat tu. Sekurang-kurangnya dapat tengok tempat baru, dapat pengalaman baru dan dapat jumpa ahli jemaah masjid yang baru.
Jadi, hari Jumaat lepas, kami sekeluarga pun menuju ke Darra, yang lebih kurang 8 km dari rumah. Di Darra ada sebuah masjid, iaitu Darra Mosque. Excited, termasuk saya juga, walau tak solat Jumaat, sebab dah lama tak berkunjung ke tempat ramai muslim, hari Jumaat pulak tu.
Darra Mosque, Oxley, QLD |
Sampai di masjid Darra, ikut GPS. SubhanAllah, ramainya orang. Muslimah pun ada yang datang untuk solat Jumaat. Kami ke sana 2 kereta, satu kereta lagi tu kawan saya dan keluarganya. Cantik, klasik, itu saja saya nak kata. Masjid yang simple saja, tak lah gah seperti masjid Putrajaya, atau masjid terapung, atau masjid kristal, tetapi cukup berjasa saya kira, untuk muslim di kawasan-kawasan berdekatan.
Pernah saya di beritahu oleh seorang sahabat yang tinggal berdekatan dengan masjid tu, setiap hari isnin-jumaat, ada kelas agama untuk anak-anak juga pada waktu petang. Kalaulah rumah kami berdekatan, saya pasti akan menghantar anak-anak ke kelas di sini.
Sebelum solat Jumaat, ada ceramah agama dulu. Dalam bahasa Inggeris. Saya tak dengar ceramah tu dari luar masjid (saya dan anak perempuan tunggu di kawasan parking belakang). Dalam pukul 1.10 pm lebih kurang khatib mula khutbah, dan lebih kurang 1.45 pm jemaah mula berpusu-pusu keluar masjid.
Di bahagian belakang ada satu kawasan beratap, ada jual-jual makanan, buku-buku agama dan Al-Quran, serta buku kanak-kanak Islam. Saya tak pergi dekat, tengok dari jauh saja. Mungkin lain kali. Ramai sangat muslimin, majoriti saya tengok orang-orang Arab, dan selebihnya muslim dari Pakistan, Fiji dan lain-lain. Saya pun tak pasti sangat. Tak berapa nak kenal, nampak sama je.
Kemudian saya pandu kereta ke bahagian depan masjid. Suami dan anak-anak dah tunggu kat situ. Suami rupanya ada belikan 2 bungkus nasi, dia beli di belakang masjid tadi lah tu. Wah! Sedap...dah lama tak makan nasi ala-ala gulai daging kenduri. Lega dah ni, lunch yang di masak tadi tapi belum sempat bersentuh, boleh simpan untuk dinner lah.
Sepanjang jalan balik, anak-anak sibuk bercerita pasal cerita dari ceramah agama tadi. Menarik. Yang paling menarik, anak yang kedua tu, nampaknya dia yang paling faham. Si abah dan abang dok tanya dia sebagai rujukan. Almaklumlah dalam bahasa Inggeris, laju pulak tu. Sure susah sikit nak tangkap maksud. Tapi Zakuan dari dulu memang cekap berbahasa Inggeris, jadi ada kelebihan di situ. Dia faham secara detail, dan boleh cerita balik pada kami. Alhamdulillah.
Suami kata, khutbah nya pendek saja. Straight forward. Dan dalam bahasa Arab! Heh...nganga saja lah, mana nak faham. Yang anak-anak pun, di Malaysia ada belajar di sekolah, tapi saya pasti sukar nak tangkap maksudnya. Tak apa lah, pengajaran, ada peluang kena belajar bahasa Arab juga nanti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment