Friday, December 31, 2010

Tak ada 'konsert' terbuka di malam tahun baru di Brisbane?

Assalamualaikum,

InshaAllah, mulai pukul 12.00 malam ni, masuklah tahun 2011. Beranjak lagi setahun. Dan kita, nak buat azam baru, atau masih dengan azam lama yang belum tertunai atau apa-apa saja. Pada saya, tiap-tiap tahun pun, saya tak pernah letakkan azam, cuma apa yang pasti, perjuangan untuk dunia dan akhirat mesti diteruskan, selagi hayat masih ada, selagi Allah masih menetapkan saya di bumi ini, sebagai khalifah Allah.

Kalau di Malaysia, malam ni bukan main meriah lah, rasanya seperti biasa sambut di Dataran Merdeka. Tak pasti saya. Tapi yang pasti, mesti ada konsert besar-besaran! Tiap-tiap tahun pun gitu. Agaknya kalau tak buat konsert, ada saja manusia-manusia yang tak boleh tidur lena malam tu. 

Sambutan 'Count Down' di salah satu tempat di Kuala Lumpur

Begitulah yang berlaku saban tahun, tak ada apa-apa perbezaan sangat dari segi program, cuma yang berbeza mungkin senarai artis yang buat show, lain tahun lain orang. Ikut siapa yang glamor lah agaknya. Saya pun sebenarnya tak ambil tahu sangat apa yang jadi malam tahun baru kat Malaysia.

Lain pula di Brisbane ni, saya ingat malam tahun baru macam Malaysia juga, saya pun tak ambik kisah juga. Macam dulu-dulu. Tapi seorang sahabat bagitahu petang tadi, sambutan New Year di sini, tak buat konsert terbuka besar-besaran.

Oh ye ke? Terkejut jugak saya. Rupanya program di sini lebih kepada family program, sesuai untuk semua orang, termasuk kanak-kanak. Ada juga konsert nyanyi, tapi tertutup, bertiket dan tak besar-besaran. Kalau untuk semua orang, programnya seperti di bawah:

"Celebrate the New Year with two spectacular fireworks and laser light displays choreographed to a soundtrack to signal the start of the New Year.
The Brisbane sky will light up at 8.30pm and midnight. Best vantage point is from the Clem Jones Promenade, the Parklands.
Also, from 4pm till 11pm families can enjoy free movies on the big screen at the Cultural Forecourt:
  • 4pm - 'Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs' (PG)
  • 6.30pm - 'Fantastic Mr. Fox' (PG)
  • 8.45pm - 'The Blind Side' (PG)" 


Ye lah, walau program tak Islamic juga (mestilah, dah nama pun negara bukan Islam), tapi sekurang-kurangnya tak meletakkan konsert artis tu agenda utama! Alahaiii.....malu pulak rasanya, Malaysia yang mencanangkan diri sebagai sebuah negara Islam contoh, boleh buat program yang sangat 'berbeza' dari sebuah tempat yang saya kira umat Islamnya adalah minoriti. Saya petik satu berita berkenaan malam tahun baru:

"KONSERT AMBANG 2011 @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Sempena sambutan tahun baru 2011, Kumpulan Ambank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan Konsert Ambang 2011 bermula dari jam 8.00 malam di Dataran Merdeka. Antara artis popular yang bakal menjayakan konsert ini adalah Mizz Nina, Amy Search, Daniel Lee, Datuk David Arumugam, Ramlah Ram, Pop Shuvit dan Ernie.
 
Selain daripada persembahan daripada artis popular, acara kemuncak pada malam itu ialah pertunjukan bunga api yang hebat tepat pada jam 12.00 tengah malam untuk menyambut tahun baru. Orang ramai dijemput hadir."
Begitulah iklannya. Yang heran tu, Ambank tu, agak-agak termasuk AmIslamic sekali ke? Heh heh...kalau tengokkan senarai artis tu, tak adalah menarik sangat pun. Tapi heran jugaklah, tiap-tiap tahun berpusu-pusu orang ramai ke DM nak tengok konsert. Sanggup bersempit-sempit, berhimpit-himpit lelaki perempuan. Tak faham saya.
Satu lagi berita dalam Kosmo:
 
1j dijangka hadiri Konsert Tahun Baru 2011
20/12/2010 5:01pm

KUALA LUMPUR – AmBank Group menyasarkan 1 juta pengunjung pada Konsert Tahun Baru 2011 Kuala Lumpur yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember.
Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert itu bagi meraikan kedatangan tahun baru merupakan kerjasama keenam syarikat kewangan itu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2003.

"Tahun lepas terdapat hampir 800,000 pengunjung, jadi kali ini kemungkinan kita boleh capai 1 juta pengunjung,” katanya pada sidang media di sini.
Azman berkata, konsert itu yang akan disiarkan di saluran TV2 dari 10.15 malam akan menampilkan penyanyi terkenal tanah air antaranya Mizz Nina; penyanyi rock legenda, Amy Search; pemenang Malaysian Idol 2, Daniel Lee; penyanyi utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam; Ramlah Ram; dan kumpulan pop rock, Pop Shuvit.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian 1Malaysia, tarian Melayu oleh kumpulan penari DBKL, tarian Cina oleh CN Dancez, tarian India oleh Vehaara Arts, kumpulan Bhangra, tarian Orang Asli oleh kumpulan Mah Meri dan juga orkestra DBKL, katanya. – Bernama

Agaknya, apalah salahnya kalau lah di adakan majlis bacaan Surah Yaasin, solat hajat, beramai-ramai di DM, menggantikan konsert? Atau kalau nak konsert juga, carilah artis-artis yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan dan nasyid. Rasa saya ini lebih sesuai dengan status negara Islam tu. Dan kalau nak buat alasan yang negara kita berbilang kaum, berbilang agama...maka, untuk mereka yang non-muslim, biarlah mereka sambut cara mereka, mungkin di tempat khas yang tidak melibatkan orang-orang Islam. Pandangan peribadi saya saja...Wallahua'lam...Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Saya tertarik dengan satu poster sambutan tahun baru di Selangor:

Hemm....menarik...
Sama-samalah kita berdoa semoga tahun baru ini akan menambahkan iman di dada, semoga kita lebih menginsafi diri, mengingati mati, dan terus berusaha untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...