Assalamualaikum,
Hari ini sedikit panas dari semalam, pada saya untuk musim 'autumn', ini memang agak panas, 26 degree. Terasa malas nak keluar, tunggu bas, berjalan kaki...maka saya berniat untuk bekerja dari rumah saja. Jimat masa sedikit, lagipun, minggu ini saya tidak ada meeting dengan supervisor, cuma hari Jumaat saja ada seminar di school. Saya kira, menulis dirumah jimatkan masa saya naik turun bas, cuma yang pasti perlu disiplin. Kalau di rumah sibuk dengan kerja-kerja rumah, alamatnya, terbengkalai juga kerja saya.
Ada kisah dari seorang yang saya kenal, berkenaan adik iparnya. Sahabat saya tidak berniat untuk memburuk-burukkan adik iparnya. Saya pun tidak kenal siapa adik iparnya. Cuma dia mahu meminta pandangan kalau-kalau ada penyelesaian untuk masalahnya.
Sahabat saya ini bercerita tentang kerisauan keluarga sebelah suaminya, kenapa adik suaminya itu masih belum dilamar atau sekurang-kurangnya dirisik oleh mana-mana keluarga dari lelaki mana-mana pun. Dan yang gawatnya, suami asyik mendesak dirinya untuk mencarikan sesiapa yang sesuai untuk adiknya itu. Kata sahabat saya, dia sendiri telah mencuba bertanya kepada adik-adik bujang yang dia kenal, yang soleh pada anggarannya, tetapi masing-masing menolak. Kalau hendak di kata adik iparnya tidak cantik, tidak juga.
Sahabat saya ini bercerita tentang kerisauan keluarga sebelah suaminya, kenapa adik suaminya itu masih belum dilamar atau sekurang-kurangnya dirisik oleh mana-mana keluarga dari lelaki mana-mana pun. Dan yang gawatnya, suami asyik mendesak dirinya untuk mencarikan sesiapa yang sesuai untuk adiknya itu. Kata sahabat saya, dia sendiri telah mencuba bertanya kepada adik-adik bujang yang dia kenal, yang soleh pada anggarannya, tetapi masing-masing menolak. Kalau hendak di kata adik iparnya tidak cantik, tidak juga.
"Tapi aku rasa mungkin ada yang tidak kena" kata sahabat saya ini.
"Kenapa? Tak kan hendak kata dia dibuat orang?"
"Tak, bukan begitu. Aku rasa, dia kena perbetulkan diri dia dulu...". Kata dia sungguh-sungguh.
"Apa yang tak kena dengan adik ipar kamu?"
"Aku lihat, selama aku ini menikah dengan abangnya dan berada dalam keluarga mereka, dia kadang-kadang agak kasar kalau bercakap dengan kakak-kakak iparnya. Malah kerapkali kami terasa hati dengannya, cuma kerana hal ini melibatkan keluarga, dan malas hendak bergaduh atau bising-bising, kami diam saja. Maafkan saja dia, walau pada hakikatnya hati memang perit dengan kata-kata nya yang tidak memikirkan perasaan orang lain, lebih-lebih lagi kami ini umpama kakak-kakaknya, walaupun cuma ipar."
"Malahan kadang-kadang setiap kali dia balik dari berjalan ke rumah iparnya, dia boleh balik bercerita segala macam perkara yang memburukkan kakak-kakak iparnya kepada emak mertua aku dan kakak-kakak kandungnya, lalu mereka percaya. Aku sendiri biasa terdengar mereka bercerita, lalu aku terfikir, kalau mereka ke rumah aku, pasti aku terima nasib yang sama juga. Sedih sungguh aku."
"Kamu pernah jelaskan padanya kalau mengumpat dan membuka keaiban sesama saudara muslim itu berdosa besar?'
"Aku tak pernah berdepan dengan dia tentang ini, silap aku agaknya. Tapi aku tidak mahu kecoh-kecoh juga, silap-silap aku kena marah, macamana? Apa kata suami aku juga nanti?"
"Cuma aku tak pasti, adakah ini ada kena mengena dengan dia susah mendapat jodoh? Aku saja agak-agak, mungkin dia perlu perbaiki diri dulu, melihat kepada kekurangan diri sendiri dari berterusan mencari kesilapan dan keaiban orang lain, baru Allah cepatkan jodohnya? Kalau kira umur, aku rasa sudah melewati umur harus nikah, dia sudah hampir 30 tahun."
"Aku kadang-kadang kalau ikut hati malas nak tolong carikan jodoh untuk dia, aku kasihan pada lelaki yang menikah dengan dia. Lebih-lebih lagi abangnya sibuk hendak carikan yang cukup soleh untuk dia. Tapi aku agak keberatan, walau aku pernah cuba bertanya, dan di tolak. Tapi aku fikir-fikir juga, patut juga dia mendapat jodoh yang baik, supaya dia dibimbing menjadi lebih baik, kan gitu?"
"Ya, saya setuju juga kata kamu. Du'a saja untuk dia. Dia kan saudara kamu. Walaupun dia selalu sakitkan hati kamu, maafkan saja dia, semoga dia berubah satu hari nanti, dan Allah berikan dia jodoh yang terbaik, InshaAllah. Dan jangan lupa, usaha saja risik mana-mana pemuda yang belum menikah, mana tau ada yang mahu dengan adik suami kamu tu kan.." sambil saya terfikir, ada tidak saya kenal sesiapa yang bujang..hemm...
"Aku terasa seperti jauh benar pencarian aku ni, kesian juga pada mak mertua aku yang teringin sangat hendak tengok anaknya yang satu ini menikah. Aduh...aku naik pening. Cuma satu yang aku hairan, kenapa pulak dia meminta tolong kami carikan jodoh untuknya? Kenapa tidak kakak-kakak atau iparnya yang lain? Sedangkan kalau nak dikira, aku tidak rapat dengannya, lebih-lebih lagi aku cuba mengelak kalau-kalau wujud apa-apa konflik antara kami."
"Sebab saya rasa, dia fikir abangnya yang jadi suami kamu, dan kamu tu, boleh di harap. Dia percaya kan kamu lah tu." Kata saya tersenyum. "Ambil saja peluang ini, bantu dia, besar pahala kamu kalau dia betul-betul nanti menikah, kamu tolong carikan, tolong bina masjid kan?"
"Iya, InshaAllah. Aku cuba setakat terdaya. Kena ikhlas ni, buang segala suara jahat menghasut aku supaya lupakan niat menolong saudara sendiri...nauzubillah.."
"InshaAllah"..
Pada saya, begitulah. Saya pernah terbaca berkenaan hal lebih kurang begini, "kalau kita berbuat tidak baik pada seseorang, satu hari kita juga akan di perbuat yang sama oleh orang lain". Ala-ala kena bayar 'cash' atas perbuatan tidak elok kita pada orang lain. Atau mungkin saja kita sukar mendapatkan apa yang kita mohon dari Allah, sebelum kita sedar kesilapan dan kesalahan kita. Kalau berdosa pada Allah, boleh mohon ampun terus kepada Allah, tetapi kalau berbuat salah pada manusia, kena direct minta maaf pada orang itu, baru Allah ampunkan kita. Ya Allah, terasa diri sendiri juga banyak berbuat salah pada orang lain. Dan dengan Allah, memang banyak betul dosa yang di buat. Astaghfirullah...
Saya fikir, untuk diri saya, kena sentiasa perbetulkan diri. Kita perlu melihat kelemahan diri sendiri dari berterusan mencari keaiban dan kelemahan orang lain, dan menceritakan kelemahan orang lain secara terang-terangan, semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri. Ya Allah, peliharalah kami dari perbuatan-perbuatan yang menjerumuskan kami ke dalam neraka Mu...dan bantulah kami dengan petunjuk dan hidayahMu semoga kami selalu berada di atas landasan keimanan dan ketakwaan. InshaAllah.
ermmm....betul3
ReplyDelete