Friday, March 4, 2011

Yang di rindui akhirnya muncul, Alhamdulillah!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih di beri keizinan oleh Allah untuk meneruskan jari-jemari ini mencoret serba sedikit kisah hidup kami di rantau orang. Autumn baru saja bermula, hari ini dah 4 hari lah kira-kiranya. Dua hari lepas, walau musim luruh, cuaca masih sangat panas, tetapi hari ini saya kira sejuk sedikit dari sebelumnya, dalam 20-21 degree. Nyaman, dan hujan pula, maka semakin nyaman lah. Alhamdulillah.



Semester 1/2011 baru bermula. Adik-adik undergraduates yang baru, dan yang lama sudah mula mendaftar, dan masing-masing kini sibuk mencari rumah sewa. Semenjak banjir Januari lepas, agak sukar sebenarnya mendapatkan rumah sewa, lebih-lebih lagi kalau dekat dengan University, sebab banyak rumah yang sudah tenggelam banjir. Di sini, kalau sudah tenggelam, biasanya tuan rumah tidak izinkan duduk sehingga segala kerosakan sudah siap di baiki. Jadi ramai lah yang terpaksa berpindah. 

Suasana campus meriah semula, saya suka! Minggu sebelumnya, ada orientasi, dan ada pelbagai gerai di buka dalam campus UQ. Saya sempat juga singgah ke gerai Muslim Students Association-UQ (MSA-UQ), dan sempat juga ke gerai pelajar Indonesia, yang menjual pelbagai masakan dari negara asal itu. Sedap, dan yang paling saya suka, 'Pisang Goreng kering' - saya translate dari "Dried fried banana"...betul ke tidak? Ntah lah, tapi yang pasti, memang sedap. Rugi betul belinya satu paket saja, sekarang tak tau mana nak cari lagi....nampak gaya kena tanya sahabat saya dari Indonesia kalau dia tahu.

Semalam dan hari ini, sebenarnya ada dua majlis anjuran MSA-UQ. Ada BBQ, majlis sambutan pelajar muslim yang baru datang ke UQ. Dan malam ini sebenarnya ada kelas tafsir Hadith, tapi tak sempat hendak hadir, kerana ada mesyuarat pula di rumah, dan habis mesyuarat tadi juga sudah Maghrib. 

Yang paling gembira sekali, hajat hati yang sekian lama terpendam sudah terlaksana kini. Saya sudah lama teringin hendak melihat 'budaya usrah' itu berkembang di kalangan pelajar postgrads. kalau adik-adik tu, rasanya sudah lama ada. 

Semenjak di sini August 2010 sehinggalah hari ni, akhirnya yang di'rindui' itu muncul jua. Alhamdulillah, setelah berbincang nekad dengan sahabat-sahabat yang juga sedang study postgrads, kami cuba mengumpul seramai mungkin muslimat yang mahu usrah di adakan. Syukur kepada Allah, atas izinNya, Allah permudahkan segalanya, maka kami dapat ahli yang lebih dari 30 orang, yang mana pada permulaan kami cuma agak, mungkin dalam 10 orang saja.

Tidak sangka, ramai betul yang berminat rupanya. Selama ini mungkin masing-masing memendam rasa, macam orang bercinta pula! Fikir saya, sebenarnya ramai yang memang rindukan usrah itu sendiri, dan juga rindukan peluang untuk bertemu sahabat-sahabat seangkatan, berbincang hal berkaitan Islam, dan terutama hal-hal wanita, tetapi sebelum ini tidak ada peluang.Seingat saya, beberapa waktu dulu, ada pelajar yang membentuk group usrah postgrads di sini, tetapi semenjak mereka itu pulang ke Malaysia setelah habis PhD, ianya seakan terhenti sekejap, sehinggalah kini.


Perjumpaan pertama kami, di rumah seorang sahabat yang juga sedang melanjutkan PhD - penuh ruang tamu rumah. Buat permulaan, kami bahagikan dua kumpulan dahulu, kalau ada pertambahan, mungkin kena bahagi tiga kumpulan. Seronok tengok masing-masing excited hendak mula. InshaAllah, minggu hadapan, usrah pertama akan di adakan.

Minggu hadapan juga, akan ada forum sempena Maulidurrasul, akan di adakan di rumah seorang sahabat di Taringa. Alhamdulillah, sahabat ni, baru pindah rumah, dan kebetulan di bahagian bawah rumahnya, ada sebuah dewan kecil yang sesuai untuk pelbagai aktiviti. Dan syukur, mereka sekeluarga setuju untuk menyediakan tempat tersebut untuk aktiviti melibatkan usrah, ceramah agama, kuliah bulanan dan lain-lain. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah ke atas mereka sekeluarga. Amin...

Malam ni, saya perlukan rehat dari menulis thesis, setelah bertungkus lumus sepanjang minggu, berjaga malam, semata-mata kerana dateline due! Inilah bahana suka kerjakan sesuatu last minute. Serik saya.
Malam ini, perlukan pengisian rohani, mungkin menonton filem 'keagamaan'..belum pasti apa. Tapi biasanya saya lebih suka filem keagamaan Indonesia, kalau perlukan pengisian rohani, kerana ianya lebih jujur!

Ummu Zaidan
Brisbane

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...