|
South Bank, Brisbane |
Salam, BarakAllahulakuma...
Cuti panjang krismas. Lagi 3 hari mereka nak merayakan 'raya' mereka ni, suasana meriah di shopping centre dan suasana 'muram' di tempat kerja dan juga di universiti jelas terasa. Saya sendiri dah agak lama tak menjenguk office, semenjak supervisor dah mula cuti hari Khamis lepas...duduk buat kerja di rumah, atau keluar bawa anak-anak sightseeing, dekat-dekat area Brisbane saja...setakat ni belum ada rezeki lebih nak ke tempat jauh. Mungkin lain kali, InshaAllah kalau ada rezeki.
|
South Bank, Brisbane |
|
Brisbane City dari South Bank |
|
Museum South Bank |
|
Brisbane City |
Ada juga impian nak melihat dunia Australia yang luas ni. Bumi Allah Australia ni lain dari tempat sendiri, maka harapan tu, nak melihat kebesaran Allah, nak lihat ciptaan Allah yang ada di serata benua terkecil ni. Rasanya perlu ambil peluang semasa di sini, sebab kalau dah balik ke Malaysia, mungkin tak sampai dah ke Australia ni (kalau saja-saja nak makan angin, tapi kalau urusan kerja tu lainlah..).
Hari ni tak kemana, saya dan suami ke Inala, sebuah pekan 'Vietnam' - sebab pekan itu di pelopori oleh orang-orang vietnam, letaknya dalam 25 minit perjalanan dari rumah kami.
|
Fish Market Inala |
Pergi ke sana biasalah, cuma untuk membeli keperluan dapur; ikan, udang dan juga ayam dan daging (ada sebuah butcher HALAL di situ, rasanya kepunyaan orang Arab). Selain tu, di Inala, ada banyak barangan keperluan harian dari Malaysia, termasuk rempah-ratus, biskut, santan kotak, makanan kanak-kanak (mamee, double decker dll). Bila rindu Malaysia, ke sana dapat tengok barangan Malaysia, cukuplah tu...
|
Inala Town Centre |
Harga ok lah, boleh tahan. Selalu kalau ke sana, beli keperluan cukup untuk 2 minggu. Bila balik, penuh lah fridge kami. Suami suka, senang dia nak masak (semenjak duduk di Brisbane ni, dia rajin ke dapur, saya rasa penangan 'Masterchef' di TV). Tapi yang pasti, saya bersyukur sebab suami banyak membantu, kalau tak, teruk juga saya, mana nak study, mana nak uruskan rumah dan makan minum. Terima kasih tak terhingga untuk suami saya.
Hajat hati tu, nak pergi tengok sedikit keluar dari Brisbane. Saya sukakan tempat-tempat klasik, yang tak berapa moden, dan saya suka nature; bukit-bukau, tasik, parks, bangunan lama, lighthouse, pantai....masih mencari-cari tempat yang sesuai, yang mampu nak pergi, dan tidak memakan banyak belanja. Harap-harap ada peluang nak ke tempat begitu, sebelum suami mula masuk class January ini. Suami enrol class untuk improve english di UQ, saya rasa peluang yang baik waktu berada di sini. Sekurang-kurang ada ilmu yang di bawa balik nanti..selain ilmu masak-memasak (thumbs up untuk suami yang dah terror masak!).
Kawan-kawan satu school hari ni berjalan ke Sunshine Coast, rasa saya dalam 1 jam perjalanan dari Brisbane, ke arah utara. Dua malam mereka di sana nanti. Ada mereka ajak join sekali, tapi saya menolak kerana alasan tersendiri. Mungkin lain kali, boleh pergi dengan sahabat yang lain. Tapi yang pasti, saya nak ke sana juga, InshaAllah satu hari nanti sebab saya nak tengok Glasshouse Mountain. Wassalam.
|
Glasshouse Mountains |
Salam..
ReplyDeleteSaya suka baca blog akak..Insya-Allah ada rezeki saya bakal menyabung PhD ke Australia.Biarlah masa yang menentukan..Nice info from your blog.
Salam...Alhamdulillah. Akak just share apa2 yg rasanya info yg lain dari pembacaan, own experience. Terima kasih kerana sudi membaca. Dan kalau diizinkan Allah mungkin kita boleh berjumpa di Australia...jaga diri.
ReplyDelete