Saturday, December 18, 2010

University of Queensland

University of Queensland, St Lucia Campus
SALAM,

Saya baru pulang dari kampus UQ, St Lucia. Pada pemerhatian saya, rasanya sudah seminggu konvokesyen UQ berlangsung di kampus, tapi suasana konvokesyen di sini berbeza dari universiti di Malaysia. 

Pada dasarnya, kemeriahan konvokesyen jelas terasa kalau di Malaysia, di mana-mana universiti pun. Tapi di UQ, macam biasa sahaja. Tiada gerai jualan, atau lebih terkenal dengan nama Tapak Pesta Konvokesyen (kalau di USM Penang). 
Hampir-hampir tak perasan rupanya ada konvokesyen..heh heh...yang tahu pun apabila ada graduan-graduan berjalan di sekitar kampus, posing ambil gambar...

UQ Union, St Lucia Campus


School of Pharmacy, atau PACE UQ, letaknya seberang tasik dan sungai Brisbane. Maknanya kalau nak ke school dari kampus St Lucia, kena lalu tasik dan lintas jambatan panjang. 

Jambatan ST Lucia-Dutton park

Kalau berjalan kaki, jauhnya boleh tahan, sempat membakar berkilo-kilo kalori rasanya, dalam 20-25 minit melintas jambatan, seterusnya berjalan kaki melalui Dutton Park, Fairfield Rd dan masuk ke Cornwall St. 

Diseberang sana, Dutton Park

Penat lah berjalan, tapi bolehlah kalau dah biasa. Waktu winter dulu, berjalan tak ada masalah, tapi semenjak summer ni, terasa penat, panas dan berpeluh-peluh. Jadi, saya selalu ambil bas melintas jambatan untuk ke seberang, jadi berjalan selepas jambatan sahaja. Itupun berpeluh juga nak sampai.

Berjalan kaki melalui jalan ni untuk ke PACE
Perjuangan menuntut ilmu di sini, semoga dipermudahkan Allah. Saya masih terasa kekok, terutama dengan kawan-kawan dan lecturers yang ada, walaupun dengan supervisors. Mungkin saya memang jenis yang lambat menyesuaikan diri, cemburu juga dengan rakan-rakan yang nampak selesa sangat di sini. 

Inilah School of Pharmacy, atau PACE.



Saya jarang-jarang menulis di office, banyak masa saya gunakan di library mencari rujukan atau menulis saja di rumah. Saya selesa begini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...