Friday, December 17, 2010

Salam dari bumi kanggaroo


SALAM,

Saya pernah menulis sebelum ini, tetapi terhenti dan menutup blog kerana tidak rajin menulis. 

Sekarang semenjak berada di bumi asing Australia, saya terpanggil untuk menulis, berkongsi pendapat dan pengalaman berada di perantauan. 

SubhanAllah, berada jauh dari tanah air sendiri, di suatu tempat yang sangat asing, dengan budaya hidup yang berbeza, sangat mencabar iman, minda dan fizikal itu sendiri.

Dengan berbekalkan ilmu yang tak seberapa, seharusnya banyak yang perlu dipelajari dan dipertingkatkan. Suasana berbeza, jauh berbeza dari Malaysia, dan kali pertama menjadi penghuni di negara lain, memerlukan banyak pengorbanan, kekuatan akal dan fikiran dan yang paling utama, IMAN. 

Anak-anak membesar di sini, untuk 3 tahun akan datang, sesungguhnya saya masih tercari-cari rentak untuk memastikan anak-anak membesar dengan cara yang disarankan oleh Islam. 

Walaupun begitu, saya akui betapa sukarnya hendak menghadapi semua ini, dengan pelbagai dugaan yang pasti datang dari pelbagai sudut. Saya sentiasa berdoa semoga anak-anak akan terus di beri kekuatan iman untuk meneruskan perjuangan mereka di sini. 

InshaAllah, walau mereka kini dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak sebangsa, tidak seagama dan tidak sebudaya, tetapi saya bersyukur, anak-anak masih tetap di beri kekuatan untuk mempertahankan iman, masih diberi kekuatan untuk mengerjakan solat di sekolah, walaupun cuma mereka sahaja yang mengerjakan ibadah itu di sekolah. Alhamdulillah, saya bersyukur, pihak sekolah tidak membantah, malah memberi mereka ruang dan masa untuk mengerjakan ibadah tersebut. Syukur, rakan-rakan mereka juga boleh menerima mereka dengan baik.

Cukup untuk post pertama, semoga saya diberi masa dan ruang untuk menulis lagi. Wassalam.
Salam dari Brisbane, Australia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...