Saturday, December 18, 2010

Kita adalah kita, tidak kira kita di mana, di mana bumi di pijak di situ langit di junjung!

Salam, may Allah bless us all, wherever we are, whatever we do.
Hari ni Sabtu, supervisor pun dah mula cuti panjang sempena krismas, saya pun konon-konon bercuti juga (walaupun sebenarnya banyak kerja nak buat). Teringat Rabu lepas, jumpa supervisor sebelum dia bercuti, 'Don't get stress, enjoy your holiday, ok!"...senyum saja saya, mana kan nak enjoy bersungguh, sebab tiba-tiba saja supervisor nak cepatkan Confirmation Seminar, kalau ikutkan tarikh dia, alamat tinggal 6 bulan sahaja lagi...saya kena kerja kuat, baca jurnal, tulis confirmation thesis, tulis jurnal, dan banyak lagi...cabaran untuk saya.

Hari ni kami tak berjalan jauh, pagi pergi melawat sahabat dari Malaysia juga, yang tinggal di Loganlea, dan selepas solat zohor di rumah mereka, kami meneruskan aktiviti kami di Daisy Hill Conservation Park, lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah sahabat tadi.

Sesi makan tengahari, buka bekalan.
 Sampai di sana, kami buka bekalan yang di bawa, makan-makan di dalam 'hutan', sambil mengintai-intai ada ke tidak koala atas pokok, atau wallabies (macam kanggaru tapi bukan?)...jumpa seekor wallabies...tapi tak boleh dekat, dah lari...anak-anak enjoy dapat berjalan-jalan dalam hutan, kebetulan anak-anak memang suka nature, dan aktiviti begini memang mereka suka.



Mula berjalan mencari Wallabies dan koala. Ada ke?
Jalan ke Koala Centre

Teringat saya pada minggu lepas, kami ke Harbour Town, lebih kurang 50 km dari Brisbane; kebetulan ada sahabat kami sekeluarga yang nak ke sana kami mengikut saja. Tak pernah sampai di sana. Di sana katanya ada sebuah masjid yang besar, jadi kami bercadang hendak singgah solat di sana nanti.

Sampai di Harbour Town, kami makan di sebuah restoran Turki, "Kofte Cafe", kami tak tau apa makanan yang ada, yang pasti Halal. kami order saja, ikut sahabat kami tu. Oklah, boleh tahan, boleh di makan...saya dah biasa makan makanan ni masa ke Istanbul tahun 2008 dulu, anak-anak kali pertama, suka sangat budak-budak tu.
Di Harbour Town

Singgah di Masjid untuk solat

Masa tengah makan, saya notice satu family, di meja sebelah, ibu nya nampak seperti wajah 'kemelayuan', manakala suaminya orang Inggeris, dan 2 orang anak perempuan, sebaya anak-anak saya agaknya, yang berwajah Pan Asian. Cantik sungguh! SubhanAllah...yang mengkagumkan saya, ibu dan anak-anak itu bertudung litup. Tiba-tiba si ibu menegur saya, "Dari Malaysia?". "Ye", sepatah saja saya, tak sangka di tegur. "Boleh cakap melayu?", tegur saya kemudian. " Ye, saya orang melayu Malaysia."..Senyum saya. Seterusnya, dia menjelaskan, suaminya asal dari New Zealand, dan mereka dah lama menetap di Brisbane. 

Apa yang saya kagum, walau berada di bumi asing, yang penduduk muslim hanya minoriti, mereka masih tetap menurut perintah Allah, jelas. Anak-anak nya, walau masih muda, juga bertudung litup. Sopan.

Saya kagum dengan si ibu, yang boleh membawa suaminya yang asalnya bukan Islam, seterusnya hidup dengan mengikut Islam is the way of life...saya pasti tidak mudah pada permulaannya. Tetapi Alhamdulillah, nampaknya dia memang seorang muslimah yang sejati...SubhanAllah...

Bila difikir-fikirkan kembali, kenapa mereka yang asalnya tidak muslim, kemudian menerima Islam sebagai agama dan cara hidup, boleh berjuang untuk tetap menegakkan syariat Allah di bumi Australia ini..Maka kita sebagai muslim yang sejak lahiriah lagi dah mendengar azan di cuping telinga, sepatutnya lebih yakin untuk meneruskan perjuangan Islam, tidak kira di mana kita berada.

Kenapa kita harus 'segan' untuk menegakkan yang hak.? Hak kita sebagai muslim. Pada pengalaman saya, mereka yang bukan Islam di sini, boleh menerima kita dengan terbuka, sama ada cara pemakaian, cara beribadat dan lain-lain yang berkaitan. Maka, kita tak seharusnya malu. Jangan kerana malu, kita gadaikan agama, itu malu tak bertempat namanya.

Tak di nafikan, ada segelintir kecil yang mungkin kekok dengan orang-orang bertudung ni, tapi itu sangat jarang, boleh saja di abaikan. Hari pertama saya di School, saya ingat, supervisor beria-ria menunjukkan tempat solat untuk saya, walau saya tak bertanya lagi.

Dan saya masih ingat hari pertama anak-anak ke sekolah, kami minta izin untuk anak-anak solat zohor di sekolah, Alhamdulillah, guru-guru tak ada masalah, malah sediakan bilik lagi untuk mereka. Terharu sungguh saya.

Dan anak perempuan saya, walau seorang diri sahaja di kelasnya bertudung, dia tak pernah dipulaukan oleh rakan-rakan, malah sepanjang pengetahuan saya, dia antara pelajar favorite guru kelas dia. Dan dia memang happy ke sekolah. Hari-hari excited nak ke sekolah. Syukur!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...